Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tinjauan Baharu Airbnb: Bagi Rakyat Malaysia, Menjadi Jiran Yang Baik Ketika Melancong Memang “Common Sense Je”

Gambar: Airbnb

Tinjauan Baharu Airbnb: Bagi Rakyat Malaysia, Menjadi Jiran Yang Baik Ketika Melancong Memang “Common Sense Je”

Kebanyakan rakyat Malaysia mengamalkan adab yang tidak perlu diperingatkan: membuka kasut sebelum masuk ke rumah, menjaga tahap kebisingan selepas jam 10 malam, meminta izin sebelum membawa durian ke rumah orang, dan yang paling penting, tidak menjadi punca jiran membuat aduan.

Tinjauan baharu oleh YouGov yang ditugaskan oleh Airbnb menunjukkan bahawa amalan ini bukan sahaja dipraktikkan di rumah, malah turut dibawa bersama ketika melancong.

Tinjauan melibatkan 1,000 pelancong Malaysia yang pernah menginap di inap desa di Malaysia dalam tempoh setahun yang lalu mendapati 85% menganggap sikap menghormati orang lain sebagai ciri penting tetamu inap desa yang baik, manakala 9 daripada 10 menggambarkan diri mereka sebagai tetamu yang baik atau cemerlang*.

Namun, apa yang membezakan pelancong Malaysia bukan sekadar tingkah laku mereka, tetapi nilai yang mendorongnya. Faktor utama yang mendorong mereka berkelakuan baik ialah akal budi (61%), rasa hormat terhadap hos (60%) dan nilai peribadi (59%)*.

Bagi rakyat Malaysia, tingkah laku ini melangkaui sekadar adab sebagai tetamu. Menurut mereka, sikap bertimbang rasa sebagai tetamu mencerminkan nilai hormat-menghormati dan keprihatinan yang sudah sebati dalam identiti masyarakat Malaysia*.

Seramai 82% berkata mereka akan berasa bersalah sekiranya tindakan mereka mengganggu jiran semasa menginap, manakala 4 daripada 5 merasakan mereka bertanggungjawab terhadap komuniti di sekeliling mereka*.

Rakyat Malaysia bukan sekadar berbudi bahasa, malah sanggup melangkah lebih jauh

Niat yang baik ternyata diterjemahkan melalui tindakan. Kira-kira 60% responden secara konsisten menunjukkan sikap bertimbang rasa sepanjang penginapan, termasuk mengurangkan bunyi pada waktu malam, meletakkan kenderaan tanpa menghalang orang lain, mematuhi peraturan rumah serta membuang sampah dengan betul.

Dua pertiga responden pula sanggup melakukan lebih daripada yang diwajibkan oleh peraturan rumah.

Sepanjang penginapan inap desa mereka yang terkini, majoriti membasuh semua pinggan mangkuk sebelum daftar keluar, membuang sampah dan mengemas ruang penginapan.

Malah, ada yang meninggalkan nota penghargaan kepada hos, menyiram pokok bunga atau mengemas melebihi kawasan yang digunakan.

Selain itu, 77% berkata mereka sentiasa menyemak peraturan rumah sebelum atau pada awal penginapan, bukan kerana diwajibkan, tetapi untuk memastikan mereka melakukan perkara yang betul.

Amalan-amalan harian ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia melihat penginapan sewaan jangka pendek dan inap desa bukan sekadar tempat bermalam, tetapi juga peluang untuk menjadi tetamu yang baik di rumah seseorang serta sebahagian daripada komuniti setempat.

‘Dilema durian’

Sikap bertimbang rasa yang sama turut terserlah dalam ‘dilema durian’. Ketika musim durian dan harga berada pada paras terendah dalam sejarah, persoalan lama kembali timbul: bagaimana menikmati raja buah itu tanpa mengganggu jiran di kediaman bersama?

Tinjauan ini menunjukkan rakyat Malaysia cukup peka terhadap isu makanan berbau kuat di bangunan berkongsi. 8 daripada 10 rakyat Malaysia memilih untuk meminta izin terlebih dahulu, menikmati durian di luar atau di kawasan parkir, atau langsung tidak membawanya ke ruang bersama tanpa kebenaran*.

Walaupun kelihatan seperti perkara kecil, ia membuktikan rakyat Malaysia tidak memerlukan peraturan bagi setiap situasi, sebaliknya tahu menyesuaikan diri mengikut keadaan.

Pilihan Penginapan yang Semakin Sebati dengan Rakyat Malaysia

Penginapan sewaan jangka pendek kini semakin sebati dengan cara rakyat Malaysia melancong serta kejiranan yang dikunjungi mereka.

Dalam kalangan responden, 60% memilih penginapan sewaan jangka pendek atau inap desa kerana menawarkan nilai yang lebih berbaloi, manakala 46% menghargai kemudahan seperti dapur dan dobi. Selain itu, 44% memilihnya kerana membolehkan mereka menginap secara berkumpulan*.

Tinjauan ini turut menunjukkan bahawa konsep perkongsian kediaman semakin diterima dalam masyarakat.

96% daripada responden tidak mempunyai bantahan yang ketara terhadap kewujudannya, manakala 71% selesa mempunyai penginapan sedemikian sebagai jiran, sekali gus mencerminkan penerimaan yang semakin meluas dalam komuniti tempatan.

Standard Hos Selari dengan Harapan Tetamu

Data platform Airbnb turut menunjukkan trend yang sama. Antara Mac 2025 hingga Mac 2026, lebih 97% penginapan di Malaysia berakhir tanpa sebarang aduan atau isu yang dilaporkan**.

Dalam tempoh yang sama, jumlah penyenaraian Guest Favourite — penginapan yang diiktiraf kerana secara konsisten menawarkan pengalaman tetamu yang cemerlang — meningkat lebih 40% antara Mac 2024 hingga Mac 2026***.

Apabila tetamu bersikap sebagai jiran yang baik, seluruh ekosistem turut meraih manfaat.

Bagi Airbnb, data ini menggambarkan satu realiti yang konsisten: sebuah komuniti yang mengambil berat dan berbangga dalam mewujudkan pengalaman penginapan yang positif, baik sebagai hos mahupun tetamu.

Ketua Negara Airbnb bagi Asia Tenggara dan India, Amanpreet Bajaj berkata, “Di Airbnb, pengalaman pelancongan yang paling bermakna tercipta apabila tetamu berasa dekat bukan sahaja dengan destinasi yang dikunjungi, tetapi juga dengan masyarakat dan komuniti di sekeliling mereka.

Hubungan ini sering bermula daripada tindakan kecil yang mencerminkan sikap bertimbang rasa dan kebaikan hati — nilai kejiranan yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia.

Memandangkan semakin ramai memilih penginapan perkongsian untuk pelancongan berkumpulan dan pengalaman bersama, kami mahu terus memupuk budaya perjalanan yang saling menghormati dengan membantu pelancong tempatan dan antarabangsa memahami adat resam, jangkaan komuniti serta erti menjadi tetamu yang prihatin.

Bersama-sama, kita dapat memastikan manfaat pelancongan bukan sahaja dinikmati oleh tetamu dan hos, malah turut dirasai oleh komuniti yang mengalu-alukan kehadiran mereka.”

Membantu Pelancong Menjadi Jiran yang Baik

Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap pelancongan yang bertanggungjawab, Airbnb telah melancarkan Good Guest Guide — panduan praktikal yang menawarkan tip untuk menikmati pengalaman di Malaysia seperti penduduk tempatan, sambil menjadi tetamu dan jiran yang menghormati komuniti setempat.

Panduan ini melengkapkan pelbagai langkah sedia ada yang dilaksanakan Airbnb, termasuk teknologi saringan tempahan, larangan penganjuran parti di peringkat global, serta Guide to Responsible Hosting in Buildings.

Panduan tersebut menyediakan garis panduan tingkah laku, Talian Sokongan Kejiranan dan rujukan undang-undang kecil berkaitan aktiviti sewaan jangka pendek untuk hos, tetamu dan komuniti strata di Malaysia.

Mulai Ogos 2026, panduan ini akan disediakan oleh hos pada penyenaraian mereka dan turut dihantar melalui e-mel kepada semua tetamu kali pertama yang membuat tempahan di Malaysia.

*Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh YouGov bagi pihak Airbnb melibatkan 1,000 warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 45 tahun yang telah melakukan perjalanan domestik dan menginap di penginapan sewaan jangka pendek atau inap desa dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

**Berdasarkan data dalaman Airbnb bagi penginapan yang ditempah di Malaysia dari Mac 2025 hingga Mac 2026.

***Berdasarkan data dalaman Airbnb bagi penginapan di Malaysia dari Mac 2024 hingga Mac 2026.