Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ramai Yang Tak Tahu
Kredit: Business Insider

Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Sebenar “A113” Dalam Filem-Filem Animasi Pixar

Athirah

Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Sebenar “A113” Dalam Filem-Filem Animasi Pixar

Sejak dari dulu lagi, filem animasi bukan saja mampu menarik perhatian penonton kanak-kanak, malah turut menjadi hiburan kepada penonton dewasa juga.

Salah satu studo produksi animasi yang sangat terkenal di seluruh dunia ketika ini adalah Pixar Animation Studios.

Studio berkenaan merupakan pihak yang bertanggungjawab menerbitkan pelbagai filem animasi popular seperti Toy Story, Finding Nemo, dan Shrek.

Sebahagian besar animasi yang diterbitkan pula bersifat malar hijau dan kekal ditonton sehingga ke hari ini. Malah ramai juga rakyat Malaysia termasuk dalam kalangan pembaca SK yang pernah menonton filem-filem berkenaan, kan?

Maksud A113 dalam filem-filem animasi Pixar

Jadi, pernah tak anda perasan kalau dalam filem-filem keluaran Pixar Animation Studios ada menyelitkan satu frasa bernombor iaitu A113.

Frasa bernombor berkenaan boleh ditemukan dalam hampir semua filem-filem yang pernah diterbitkan studio tersebut.

Lalu timbul pertanyaan, apakah yang dimaksudkan dengan A113 dan kenapa frasa berkenaan diselitkan dalam hasil kerja mereka?

Jadi kali ini kami di SK hendak berkongsi dengan anda maksud sebenar dan fakta menarik tentang A113.

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

Tanda terima kasih kepada tempat pengajian utama

Menurut portal Business Insider, frasa bernombor A113 itu merujuk kepada nombor sebuah kelas di California Institute of Arts.

Difahamkan, kelas ini merupakan tempat dimana pelajar tahun pertama bagi jurusan rekabentuk grafik dan animasi karakter belajar tentang animasi.

Menariknya, ramai graduan daripada institut ini kemudian akan bekerja dengan studio-studio animasi di Hollywood, terutamanya Pixar dan Disney selepas tamat pengajian masing-masing.

Sebagai penghargaan kepada alma mater mereka, animator yang bertugas dengan Pixar ini kemudian menyelitkan frasa bernombor berkenaan dalam animasi yang diterbitkan studio tersebut.

Penyertaan terawal frasa A113 ini boleh dilihat menerusi filem pertama diterbitkan Pixar iaitu Toy Story pada tahun 1995.

Menerusi filem berkenaan, A113 digunakan sebagai nombor pendaftaran untuk kereta yang digunakan oleh salah satu wataknya.

Dalam filem Finding Nemo pun ada

Selain itu, A113 juga muncul menerusi filem Finding Nemo pada 2001. Dalam filem berkenaan, A113 merupakan model sebuah kamera.

Dalam filem animasi Coco pula, frasa A113 dapat dilihat menerusi papan tanda di pejabat Biro Keluhan Keluarga dalam babak lawatan keluarga Miguel.

Seterusnya, A113 turut muncul dalam Incredible 2 yang boleh dilihat di beberapa tempat terutamanya dalam dokumen-dokumen perjanjian superhero.

Menurut Business Insider, secara keseluruhan A113 boleh ditemukan dalam 26 filem animasi diterbitkan oleh studio berkenaan.

Begitulah kisahnya.

BACA: Buat Kerja Sekolah Di Bilik Hotel, Lamine Yamal Curi Tumpuan Ramai

Sumber: Business Insider