Buat Kerja Sekolah Di Bilik Hotel, Lamine Yamal Curi Tumpuan Ramai
Euro 2024 yang sedang berlangsung ketika ini sudah tentu menghadirkan impak kepada ramai pihak, terutamanya kepada para pemain sendiri yang bertanding di atas padang.
Salah seorangnya adalah bintang Sepanyol, Lamine Yamal yang mencipta sejarah sebagai pemain termuda diturunkan dalam Euro edisi kali ini.
Baru berusia 16 tahun, Yamal yang turut menjadi ayam tambatan kelabnya, Barcelona sebenarnya masih merupakan seorang pelajar.
Jika di Malaysia, mereka yang berumur 16 tahun adalah merupakan pelajar Tingkatan 4 yang bersekolah di Sekolah Menengah.
Namun yang pastinya, biarpun bergelar seorang pemain bola sepak, Yamal pada masa yang sama tetap tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Gambar bintang bola sepak termuda itu menjadi tular di media sosial
Kini menerusi hantaran di laman Facebook GiveMeSport, pemain berkenaan dilihat sedang fokus menyiapkan kerja sekolah di bilik hotel di mana pasukan kebangsaan Sepanyol menginap.
Menerusi gambar berkenaan, Yamal kelihatan tekun menyiapkan tugasan tersebut sambil ditemani lampu bilik.
Seperti biasanya, hantaran berkenaan pantas menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian ramai warganet.
Siang atas padang, malam buat kerja sekolah, Lamine Yamal curi tumpuan ramai
https://www.facebook.com/ESPNFC/photos/lamine-yamal-doing-his-homework-in-his-hotel-room-while-at-the-euros-working-har/1022857875871655/?paipv=0&eav=Afbc7q6vTDxJDqtSfVHlof0hIGGzQ4–DBflY-R9p-GueWOcJEIBkL_7egv2ndxwbO8&_rdr
Dia kini perlu membahagikan masa untuk memastikan dua tanggungjawab yang sedang digalas berjaya disempurnakan dengan sebaik yang mungkin.
Jika sebelum ini tular gambarnya mengelek kerja sekolah ketika bersama pasukan kebangsaan, kini tular lagi sekeping gambar yang menunjukkan komitmen kepada tugasan yang diberikan.
https://www.facebook.com/SeFutbol/videos/998677904643062/
Terdahulu, pemain sayap kanan itu mencuri tumpuan wargamaya apabila mengakui membawa sekali kerja rumah ke Jerman kerana takut dimarahi gurunya.
“Saya bawa kerja sekolah saya ke sini kerana saya sedang di tahun keempat ESO.
“Saya ada kelas secara atas talian juga dan ianya berjalan dengan baik. Saya harap cikgu tidak marah kepada saya,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Daily Mail.
Membuat penampilan pertama pada usia 15 tahun
Yamal dilapor membuat penampilan pertamanya bersama skuad utama Barcelona ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun.
Pemain sayap itu dengan cepat berkembang menjadi pemain utama untuk gergasi Catalan itu dan mendapat panggilan pertama ke pasukan kebangsaan pada September 2023.
Dia kemudian berjaya menjaringkan gol pada penampilan sulungnya menentang Georgia, menjadikannya pemain termuda pernah beraksi dan menjaringkan gol untuk La Roja.
Sejak itu, Lamine sudah membuat tujuh penampilan bersama Sepanyol dan berkemungkinan akan kekal menjadi pilihan utama Luis de la Fuente sepanjang Euro ini.
https://www.facebook.com/GiveMeSport/posts/pfbid0bscz9cqhZyrymA9Nk3z3qzP8pZd5vJzoWmyCS1APQz9NXqg1gvH7gpSuSTYU4uyXl
BACA: Durian Segar Malaysia Dieksport Ke China, Lebih 63,000 Pengusaha Raih Manfaat
Sumber: GiveMeSport via Facebook, BBC