Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
harimau malaya 135 dunia
Pasukan Harimau Malaya. Sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia

Harimau Malaya Lonjak Tiga Anak Tangga, Kini Ranking Ke-135 Dunia

Azizah Najib

Harimau Malaya Lonjak Tiga Anak Tangga, Kini Ranking Ke-135 Dunia

Pasukan bola sepak negara kini menduduki tangga ke-135 dunia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), melonjak tiga anak tangga berbanding sebelum ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kiriman di Facebook mengumumkan perkara tersebut pada Khamis.

Sebelum ini, Malaysia berada di kedudukan 138 dunia dan kemas kini terbaru ini memperlihatkan berlakunya peningkatan.

“Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 135 dunia, berjaya melonjak naik 3 anak tangga berbanding 138 pada kemas kini terdahulu, 4 April 2024,” kata FAM.

Tambah FAM lagi, kemas kini seterusnya mengenai kedudukan tersebut akan diumumkan pada 18 Julai oleh FIFA.

Lonjakan ini susulan satu keputusan seri dan satu kemenangan yang ditempa pasukan tersebut dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, menurut laporan Stadium Astro.

Sebelum ini, Malaysia bertembung pasukan Republik Kyrgyz dengan keputusan seri, 1-1 pada 6 Jun. Pada 11 Jun, pasukan negara berjaya menewaskan Chinese Taipei 3-1.

Dua keputusan itu membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan 10.23 mata dan menghimpunkan 1107 mata keseluruhan, lapor Stadium Astro.

Sementara itu, kedudukan terkini menunjukkan Indonesia berada di atas pasukan negara iaitu di kedudukan ke-134 dengan jumlah mata keseluruhan 1108.73. Thailand pula kelihatan berada di tangga ke-100 dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 1218.56.

Terdahulu, pasukan negara berjaya melonjak naik empat anak tangga di kedudukan 132 berikutan pertembungan bersama pasukan Korea Selatan dengan keputusan seri, 3-3. Keputusan ini memberi mata tambahan sebanyak 12.30 kepada skuad negara.

BACA: Malaysia Lonjak 4 Anak Tangga Dalam Ranking FIFA

Harimu Malaya ranking ke-79 dunia

Kali terakhir pasukan Harimau Malaya berada di tangga terbaik ranking FIFA ialah pada tahun 1993 di tangga ke-79.

Kiraan mata bagi ranking FIFA ini dibuat menggunakan Model Elo. Kaedah ini mengambil kira penambahan dan penolakan mata berdasarkan beberapa perkara iaitu kekuatan relatif pasukan, keutamaan perlawanan, keputusan perlawanan dan jangkaan keputusan perlawanan.

Layari laman rasmi FIFA Ranking untuk melihat kedudukan terkini pasukan negara kita.

Sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia, Stadium Astro, FIFA Ranking

BACA: FIFA Luluskan Penggunaan VAR Di Liga Malaysia

BACA: Harimau Malaya Sedia Bayar ‘Hutang Kemenangan’ Bertemu Bahrain