Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
FIFA VAR liga Malaysia
Gambar: Bernama

FIFA Luluskan Penggunaan VAR Di Liga Malaysia

Iqbal Yasir

FIFA Luluskan Penggunaan VAR Di Liga Malaysia

KUALA LUMPUR — Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi meluluskan penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) di Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024-2025.

Difahamkan, kelulusan dibuat oleh badan bola sepak dunia itu pada 29 April, Isnin lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Dato’ S. Sivasundaram berkata pengiktirafan FIFA ini sudah tentu merupakan satu kebanggaan kepada negara kerana Malaysia merupakan antara 68 negara yang mana FIFA telah memberi kelulusan untuk penggunaan teknologi VAR.

“Delegasi FIFA yang hadir ke negara ini pada April lalu iaitu Bhaveshan Moorghan dan instruktur VAR FIFA, Igor Rodajcic telah melakukan proses penilaian dan ujian terhadap tahap kemahiran pengadil-pengadil dan keberkesanan teknologi VAR.

“Di sepanjang seminar VAR telah dijalankan selama enam hari itu, sebanyak enam perlawanan percubaan telah dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) bagi tujuan tersebut.

“Pihak MFL juga telah menyediakan sebanyak lapan perlawanan pramusim yang melibatkan pasukan-pasukan Liga Super. Ia memberi peluang kepada pengadil-pengadil untuk terus memahirkan diri dengan teknologi VAR sebelum menghadapi musim Liga Super 2024-2025,” katanya.

Tambah Sivasundaram, Bhaveshan melalui laporannya telah memuji tahap persiapan dan keberadaan tahap kemahiran yang ada pada pengadil-pengadil VAR di negara ini.

BACA: Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Penggunaan teknologi VAR dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025 akan bermula 10 Mei ini secara rasmi.

“Mengimbas kembali permulaan VAR di negara ini, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin pada Februari 2023 telah mencetuskan idea dan inisiatif untuk memperkenalkan VAR di Liga Malaysia bermula musim 2024-2025 dan ia telah mendapat sokongan padu daripada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan kepimpinan tertinggi MFL.

“Datuk Haji Hamidin kemudian telah bertemu Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina ketika beliau menghadiri Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda pada 16 Mac 2023 bagi membincangkan secara lebih lanjut mengenai perkara-perkara membabitkan teknologi VAR.

“Langkah pelaksanaan VAR di Malaysia telah dimulakan pada April 2023 dengan lawatan delegasi dari FIFA untuk memberi taklimat tentang protokol VAR dan prosedur pelaksanaannya.

“Seterusnya FAM telah memulakan latihan pengadil VAR yang bermula pada Jun 2023 hingga April 2024 dengan melalui tiga fasa latihan.

“Hasilnya, FIFA telah mentauliahkan seramai 22 Pengadil sebagai pengadil VAR, 20 Penolong Pengadil sebagai AVAR dan sembilan Pengadil sebagai Replay Operator.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, seramai 17 Penolong Pengadil turut dilatih oleh FAM untuk memahami protokol VAR dan akan dilantik sebagai Penolong Pengadil 1 dan 2.

BACA JUGA: Man United Salah Satu Pasukan Paling Menghiburkan Di EPL Musim Ini – Ten Hag

“Sebagai langkah jangka panjang pula, FAM akan meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran VAR.

“FAM turut akan membuat post-mortem perlawanan (post match review) sebagai langkah pengkukuhan dan pemurnian pendidikan VAR.

“FAM juga akan memulakan latihan VAR fasa kedua untuk menambahkan lagi bilangan pengadil-pengadil VAR. Usaha ini akan dimulakan dalam masa terdekat ini.

“Ini membuktikan bahawa Datuk Haji Hamidin dan FAM sangat komited dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi pengadil-pengadil bola sepak di negara ini.

“Sebagai rumusan, pelaksanaan VAR di Liga Malaysia dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pengadil-pengadil kita dipilih untuk bertugas di peringkat AFC dan FIFA.

“Penggunaan VAR di Liga Malaysia juga diharap akan mampu meningkatkan mutu bola sepak negara amnya,” jelasnya lagi.

Sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)