Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

FIFA Iktiraf Malaysia Antara 4 Negara Paling Meningkat Naik Dalam Ranking Bola Dunia

Fazidi

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) baru-baru ini mengiktiraf Malaysia antara 4 buah negara yang paling meningkat naik atau ‘The Biggest Climbers’ dalam carta ranking bola sepak dunia bagi Mei.

Menurut tweet berkenaan, Malaysia yang berjaya mendaki 7 anak tangga kini berada pada ranking 147 dunia. Selain itu, tiga buah negara lain yang turut tersenarai adalah Greece yang turut meningkat 7 anak tangga dan kini berada pada kedudukan ke-48 di dunia.

Manakala dua buah negara lagi adalah Cuba yang mendaki 10 anak tangga untuk menghuni posisi ke-167. Kazakhstan muncul sebagai negara paling meningkat naik dalam ranking FIFA dengan melonjak sebanyak 11 anak tangga dan mengisi kedudukan ke-114 dunia.

Dalam infografik berkenaan, FIFA turut meletakkan wajah pemain pertahanan yang beraksi bersama skuad JDT ketika ini, Matthew Davies sebagi wakil skuad kebangsaan.

Berita ini sekaligus menambah satu lagi berita baik untuk perkembangan sukan itu di pentas dunia setelah peminat bola sepak tempatan disajikan dengan aksi menarik skuad kebangsaan dalam saingan Kelayakan Piala Asia sepanjang bulan ini.

Dalam saingan tersebut, Malaysia berjaya mencatatkan dua kemenangan dengan salah satunya diraih menentang pasukan berada di ranking lebih baik, iaitu Turkmenistan. Satu lagi kemenangan dicatatkan ke atas pasukan Bangladesh.

Malaysia hampir sahaja mencatatkan kemenangan bersih 3 perlawanan, namun kekalahan tipis ketika menentang Bahrain tidak menghalang skuad kebangsaan untuk layak secara merit beraksi di pentas tertinggi saingan bola sepak Asia itu.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia adalah pada 1980, iaitu 42 tahun yang lalu. Malaysia juga beraksi di kejohanan tersebut pada 2007, namun atas kapasiti sebagai tuan rumah.

BACA: “Scan” Anak Sulung Nampak Muka & Hidung, Suami Tersenyum Bahagia Tiba-tiba Mengalir Air Mata Kesyukuran

BACA: Berat Hati Nak Berpisah, Ibu Sanggup Simpan Mayat Anak Seminggu Hingga Busuk & Reput

BACA: Kecewa Isteri Kena ‘Sailang’, Lelaki Saman Sahabat Baik Sendiri RM 787 Ribu

Sumber: FIFA