Siakap Keli
Sumber: Google

Kecewa Isteri Kena ‘Sailang’, Lelaki Saman Sahabat Baik Sendiri RM 787 Ribu

Seorang lelaki di Taiwan bertindak memfailkan penceraian terhadap isterinya selepas mendapat tahu wanita berkenaan curang dan lebih malang, kekasih gelap isterinya itu merupakan sahabat baik sendiri. Merasa perit dengan penipuan tersebut, lelaki berkenaan juga bertindak menfailkan saman terhadap sahabat baik itu sebanyak RM 787 ribu.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat baik dengan rakan sekerjanya, yang hanya dikenali sebagai Shi. Mereka berdua difahamkan bekerja di tempat yang sama iaitu sebagai anggota polis di Bandar Baru Taipei.

Pada akhir Disember 2018, Li berkahwin dengan teman wanitanya yang mana Shi turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Perkahwinan Li bersama isterinya sangat bahagia sehingga akhirnya tanpa disedari, muncul orang ketiga.

Masalah ini bermula apabila Li memang sering mengajak Shi berkunjung ke rumahnya untuk sekadar makan, minum dan berbual-bual. Hal ini bagaimanapun menyebabkan Shi menjadi semakin rapat dengan isteri Li sehinggakan terbit perasaan cinta antara satu sama lain.

Kedua-duanya dilaporkan sering berhubung dan berkongsi cerita mengenai kehidupan peribadi mereka sehingga akhirnya menjalinkan hubungan terlarang di belakang Li.

Malah, kedua-duanya dilaporkan turut pernah bermalam sebanyak tiga kali di sebuah hotel. Namun begitu, akibat tidak dapat menahan perasaan bersalah, isteri Li akhirnya mengambil keputusan untuk berterus terang dan mendedahkan tentang hubungan terlarangnya kepada Li.

Mendengar pengakuan isterinya, Li berasa sangat marah, kecewa, dan sakit hati. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu bahawa lelaki simpanan isterinya adalah kawan baik yang dipercayainya.

Tidak mahu memanjangkan lagi permasalahan tersebut, Li nekad memfailkan penceraian. Tindakan itu diambil juga kerana dia merasakan dia telah banyak terluka dengan tindakan isteri dan kawan baiknya.

Bukan sahaja membuatkan kebahagiaan dan kepercayaan keluarga hilang, anak kecil Li turut merasai keperitan tersebut. Oleh itu, lelaki berkenaan menfailkan saman terhadap sahabat baik sendiri, Shi dan menuntutnya membayar 1.2 juta Yuan iaitu bersamaan dengan RM 787,951 sebagai ganti rugi.

Dalam perbicaraan yang dikendalikan, Shi mengakui kesalahannya dan meminta maaf. Malah, dia turut meminta pengurangan jumlah pampasan kerana mengakui sedang menjaga ibu bapanya yang sudah tua.

Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa Shi hanya perlu membayar 600 ribu yuan (RM 393,961) atas alasan Shi sudah mengenali keluarga Li sejak sekian lama. Namun, tindakannya dianggap melampaui batas dan merosakkan perkahwinan Li sehingga memudaratkan banyak pihak.

BACA: MEASAT-3d Berjaya Dilancar Di French Guiana Pada 5.50 Pagi Waktu Malaysia

Sumber: Wolipop

Nurul Nazihah