Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
apa itu gaji progresif
Gambar: BERNAMA

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif Dijangka Bermula Oktober Ini

Iqbal Yasir

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif Dijangka Bermula Oktober Ini

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Dasar Gaji Progresif (DGP) dijangka akan dilaksanakan secara menyeluruh pada Oktober ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pelaksanaan itu adalah selepas penilaian impak projek rintis DGP pada September ini.

Beliau berkata pelaksanaan projek rintis DGP bermula bulan ini hingga Ogos.

“Sehingga Jun 2024, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerjasama kementerian dan agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dan Kementerian Ekonomi telah menganjurkan serta menghadiri sebanyak 16 sesi libat urus melibatkan wakil majikan dan pekerja.

“Berdasarkan sesi libat urus, didapati majoriti majikan dan pekerja memberikan maklum balas positif terhadap pelaksanaan DGP,” katanya pada sesi soal jawab lisan.

BACA: Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini, Terbaik Dalam Sejarah – PM Anwar

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan DGP di peringkat kementerian dalam usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta.

Abdul Rahman berkata permintaan majikan untuk menyertai projek rintis DGP juga semakin meningkat dan sehingga semalam, seramai 237 daripada 732 majikan yang telah membuka akaun menerusi sistem DGP, memohon untuk menyertainya.

“Sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP termasuk pembayaran insentif kepada 1,000 majikan. Pembayaran insentif kepada majikan dijangka pada Oktober ini apabila majikan mengemukakan tuntutan yang memenuhi syarat ditetapkan.

“Pemberian insentif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 20,000 pekerja tempatan yang bergaji antara RM1,500 hingga RM4,999,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Wanita Bertahan 12 Jam Atas Pokok, Terselamat Dari Banjir Besar

BACA JUGA: Dasar Gaji Progresif Akan Menyokong Anjakan Reformasi Pasaran Pekerja