Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wakil Calon PH DUN Asahan Maut Dalam Kemalangan, PM Anwar Doa Keluarga Diberi Ketabahan

Wakil Calon PH
Kredit: FB Anwar Ibrahim

Wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, J. Samivel, meninggal dunia dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.

Iklan

Berita duka itu turut dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook.

Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan tersebut.

Menurutnya, Samivel yang juga Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah telah lama berkhidmat dan setia dengan perjuangan parti.

“Saya menerima khabar duka dari Melaka. Saudara Samivel, wakil calon HARAPAN bagi DUN Asahan telah terkorban dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.

“Sebagai Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan.

“Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini,” ujarnya.

Anwar berkata, beliau bersama Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan agar keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

“Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini,” katanya.

Intipati
  • J. Samivel meninggal dunia dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.
  • Beliau merupakan wakil calon PH bagi kerusi DUN Asahan di Melaka.
  • Anwar Ibrahim menzahirkan takziah dan mendoakan keluarga mendiang diberi ketabahan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan