Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hilang Dari Pusat Jagaan: Kanak-kanak, Remaja Ditemukan Selamat Di Melaka

Athirah
Hilang Dari Pusat Jagaan
Kredit: Bernama

Hilang Dari Pusat Jagaan: Kanak-kanak, Remaja Ditemukan Selamat Di Melaka

SEREMBAN, 3 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim di Kuala Pilah sejak Jumaat, ditemukan selamat di Melaka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata hasil maklumat orang awam, ketiga-tiganya ditemukan berada dalam jagaan ibu saudara dan nenek seorang daripada mereka di sebuah rumah.

“Kanak-kanak dan dua remaja itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.

“Mereka bersama-sama dua wanita berusia 35 dan 67 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Bekoh, Jasin kira-kira 9 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dan dua remaja berkenaan kemudian diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan terbabit.

Semalam, media melaporkan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) dan laporan kehilangan dibuat oleh pusat jagaan tersebut pada hari sama.

BACA: Isteri Tergerak Hati Nak Hubungi, Suami Rupanya Maut Dalam Kemalangan

BACA: Malaysia Dijangka Muncul Ekonomi Ke-16 Terbesar Di Dunia Menjelang 2075 – Kajian

Sumber: Bernama