Siakap Keli
honda hybrid murah

Kereta Honda Hybrid Antara Paling Murah Dalam Pasaran

Kereta Honda Hybrid Antara Paling Murah Dalam Pasaran

Ada desas-desus berputaran sekitar alam mengatakan pengguna kereta elektrik nak kembali semula ke pangkuan kereta berenjin. Betul ke ni?

Antara sebabnya adalah masa mengecas terlalu lama dan terpaksa merancang perjalanan kerana pengecas EV belum ada di seluruh pelusuk Malaysia.

Tapi kalau terus bertukar kepada kereta menggunakan enjin secara keseluruhan macam rugi pula kan? Sebab kita dah selesa pandu kereta EV.

Ada satu lagi pilihan yang boleh kita pilih iaitu kereta hybrid. Ya, kereta yang menggunakan enjin dan bateri.

Kita dah tak payah risau nak cas kat mana sebab kereta hybrid hanya perlu isi petrol macam biasa je dan penggunaan petrol pun jimat.

Honda City e:HEV RS

Meh SK share kat korang kereta model kereta import paling laku tahun 2023 iaitu Honda City varian e:HEV RS.

Versi facelift ini dilancarkan pada Ogos 2023 dan varian e:HEV RS ini adalah varian terbaru yang diperkenalkan oleh Honda dalam model sedan segmen B.

Honda City varian ini dijual dengan tanda harga RM111,900 sahaja dan menjadikan ia kereta hybrid antara paling murah di pasaran.

Jimat Minyak

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ni mestilah semua benda nak jimat kan? Penggunaan petrol Honda City e:HEV RS ini sehingga 27.7km/L. Memang betul-betul jimat minyak.

Selain jimat minyak, kereta ni pun sesuai untuk yang dah berkeluarga sebab ruang dalam yang selesa dan bonet kereta yang luas (519 L) nak isi beg balik kampung.

Varian ini turut dilengkapi dengan 8 inci audio display dan sambungan Android Auto dan Apple Carplay tanpa wayar.

Tempat duduk belakang juga ada air-cond vent dan port pengecasan jenis C yang menyokong pengecasan pantas peranti korang.

Kereta Yang Selamat

Dari segi keselamatan pula, varian e:HEV ini lengkap dengan 6 beg udara, Honda LaneWatch, kamera belakang pelbagai sudut dan brek parkir elektronik.

honda hybrid murah honda hybrid murah

Kesimpulannya, Honda City e:HEV RS ini boleh dikatakan kereta sedan segmen B yang serba serbi cukup. Dari segi jimat minyak, keselesaan dan keselamatan.

SK ulang sekali lagi, varian hybrid ini adalah antara paling murah yang ada di pasaran. Kalau tak suka kereta EV, cubalah kereta Hybrid. Pasti jatuh cinta.

Maklumat lanjuk KLIK SINI

BACA JUGA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)