Siakap Keli
proton s70 lebuhraya

Proton S70, Gagah Di Lebuhraya Tapi ‘Lemah’ Di Jalan Bandar ?

Proton S70, Gagah Di Lebuhraya Tapi ‘Lemah’ Di Jalan Bandar ?

Ditulis oleh: Ilyyas Zain

Model terbaru daripada jenama kereta Malaysia iaitu Proton S70 adalah satu kereta yang hangat di pasaran sebaik saja dilancarkan pada November 2023. Sehingga kini pada Jun 2024, Proton S70 telah pun mencatatkan jualan sebanyak 9,474 sekaligus menjadi ia sebagai kereta sedan segmen C terlaris di Malaysia.

Baru-baru ini, Siakap Keli berpeluang untuk memandu uji sendiri Proton S70 dan ini apa yang kami rasa tentang sedan segmen C ini.

Rekaan Luar Yang Minimalis Tapi Moden

Mudah untuk SK katakan yang Proton S70 ini sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang menginginkan kenderaan yang tampak moden tanpa reka bentuk yang “beria”. Lampu nyalaan siang (DRL) depan dan lampu belakang yang memanjang nampak kemas dan baru, lain dari apa yang telah Proton lancarkan sebelum ini. Grill hadapan berkonsepkan ‘Infinite Weave’ dan ‘Ethereal Bow’ juga menampakkan rekaan yang mampu menandingi jenama mewah lain.

proton s70 lebuhraya

proton s70 lebuhraya

Ciri Spesifikasi Yang Lebih Dari Cukup, Kabin Yang Selesa

Menariknya lagi tentang Proton S70 ini, fitur yang diberikan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Malah, boleh dikatakan lebih baik dari jenama lain pada harga yang sama. Antara yang menarik adalah; ‘sunroof’, ‘electronic parking brake (EPB)’, ‘adaptive cruise control (ACC)’, meter digital penuh, ‘blind spot monitor’ (BSM) dan sebagainya. Malah, pada harga ini juga, Proton menawarkan kombinasi enjin 1.5 turbo dan transmisi ‘dual-clutch’ (DCT) yang kebiasaannya cuma terdapat pada kereta berharga RM150,000 dan ke atas. 

proton s70 lebuhraya

Rekaan dalaman juga nampak mewah dan tempat duduk yang selesa untuk pemandu disertakan dengan penghawa dingin yang disediakan pada tempat duduk belakang juga memberi keselesaan pada penumpang. Ruang but bersaiz yang besar juga menjadikan kereta ini sesuai untuk yang mempunyai keluarga kecil. Walaubagaimanapun, kami berasa yang ruang kabin sedikit sempit terutama pada tempat duduk belakang. 

Yang Tak Menarik Tentang Proton S70

Seperti yang diceritakan tadi, kombinasi enjin 1.5 turbo dan transmisi DCT memberikan pemanduan yang mantap untuk perjalanan jarak jauh seperti di lebuhraya. SK berasa seronok setiap kali meluncur di lebuhraya dan menggunakan mod manual.

Namun, kombinasi ini kurang sesuai bagi penggunaan harian di jalan bandar yang sesak. Antara masalah yang SK hadapi adalah penggunaan minyak yang agak ketara semasa memandu di dalam bandar dengan penggunaan lebih kurang 10 km per liter. Ada juga yang menggelar S70 sebagai Proton Glug-glug-glug. ‘Turbo lag’ juga boleh dirasai setiap kali bergerak dari pegun. Beberapa kali juga SK menghadapi ‘wheel-spin’ semasa ingin bergerak dari hentian lampu isyarat.

Enjin 3 silinder juga menghasilkan bunyi seakan enjin diesel tapi masih senyap semasa duduk di dalam kereta.

Proton masih lagi tidak menyediakan fitur Apple Carplay dan Android Auto untuk S70. Agak mengecewakan tapi sepanjang penggunaan SK, sistem ‘infotainment’ yang disediakan cukup untuk penggunaan harian.

Kereta Segmen C Paling Murah Di Malaysia

Proton S70 ini dijual pada harga bermula dari RM73,800 untuk varian asas (1.5T Executive) hingga RM94,800 untuk varian tertinggi (1.5T Flagship X), harga paling murah untuk kereta segmen C dengan enjin berkapasiti 1.5 turbo. Harga ini memberi peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk merasa kereta yang mewah tapi pada harga yang lebih mampu milik.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai bajet di bawah RM100,000 SK boleh simpulkan yang Proton S70 antara kereta yang boleh dipertimbangkan untuk dibeli. Jika penjimatan minyak bukanlah satu keperluan, anda boleh lah pandu uji Proton S70 ini di pengedar Proton yang berhampiran.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.