Siakap Keli
cara mohon cermin gelap
Gambar: BERNAMA

Patuhi Peraturan Baru Dibenarkan Guna, Ini Cara Mohon Penggunaan Cermin Gelap

Patuhi Peraturan Baru Dibenarkan Guna, Ini Cara Mohon Penggunaan Cermin Gelap

Seperti yang kita ketahui, tahap kecerahan cermin kereta mempunyai peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Oleh itu, pengguna jalan raya atau pemilik kenderaan perlu menggunakan tinted yang sesuai dengan standard yang ditetapkan.

Mereka yang melanggar peraturan akan disabitkan kesalahan dan didenda tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.

Untuk kesalahan seterusnya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.

Tapi tahukah anda, sebenarnya pemilik kenderaan boleh memohon penggunaan tinted gelap di bawah dua kategori di JPJ? Jom ikuti perkongsian di bawah.

Gambar: BERNAMA

Permohonan tinted gelap

Untuk pengetahuan, pemilik kenderaan boleh memohon Permohonan Penggunaan Cermin Gelap kepada Urusetia Bahagian Penguatkuasa JPJ dan cawangannya.

Permohonan ini boleh dibuat di bawah dua kategori, permohonan berasaskan kesihatan dan permohonan berasaskan keselamatan.

Permohonan berasaskan kesihatan

Bagi kenderaan di bawah pemilikan persendirian individu atau persendirian syarikat, pemohon perlu mengemukakan beberapa dokumen;

Antaranya termasuklah Laporan Perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pakar Perubatan Hospital Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan jenis atau nama penyakit secara spesifik (laporan perubatan yang terkini).

Selain itu, pemohon perlu membawa borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar.

Setiap permohonan dan kelulusan berasaskan kesihatan tidak akan dikenakan caj.

BACA: Malaysia Negara Ke-6 Dengan Wanita Tercantik Di Asia

Gambar: BERNAMA

Permohonan berasaskan keselamatan

Di bawah permohonan keselamatan, terdapat tiga jenis kategori hak milik kenderaan, iaitu pemilikan persendirian individu atau syarikat, pemilikan Kerajaan atau sewaan Kerajaan dan pemilikan kakitangan Kedutaan atau Kedutaan.

Kenderaan pemilikan persendirian individu atau syarikat

Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu).

Mereka juga perlu melampirkan Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar.

Bagaimanapun, setiap permohonan dikenakan caj RM50 (pulangan wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan).

Setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap diluluskan, pemohon perlu membayar sebanyak RM5,000.

BACA JUGA: Kenapa Bendera Malaysia Dicat Terbalik Tapi Perkataan “Malaysia” Tidak Pada Pesawat?

Perlu diingatkan, wang tunai tidak akan dipulangkan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Kenderaan pemilikan Kerajaan atau sewaan Kerajaan

Untuk bahagian ini, pemohon perlu mengemukakan surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Jabatan.

Selain itu, permohonjuga dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan.

Tetapi, perakuan kelulusan terhadap permohonan kenderaan milik Kerajaan atau sewaan Kerajaan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Kenderaan pemilikan kakitangan Kedutaan atau Kedutaan

Pertama sekali, pemohon perlu melampirkan surat permohonan daripada kedutaan untuk melekatkan tinted gelap pada kereta.

Setiap permohonan akan dikenakan sebanyak RM 50.00 (pulangan wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan).

Jika permohonan telah mendapat kelulusan, pemohon perlu membayar sebanyak RM 5,000.00 dengan perjanjian wang tunai tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

cara mohon tinted gelap
Gambar: BERNAMA

Dah tahu boleh guna cermin ‘extra’ gelap, macam mana pula nak mohon?

Prosedur permohonan

Menurut JPJ, pemohon perlu menggunakan Borang CG1 yang diisi dengan lengkap dan dikemukakan bersama tiga dokumen lain iaitu, salinan kad pengenalan, salinan sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan salinan sijil kelulusan cermin gelap (bagi permohonan pembaharuan secara berasingan dan perlu ditandatangi pemohon).

Setiap kenderaan yang melakukan permohonan hendaklah dibuat secara berasingan dan ditandatangani oleh pemohon. Namun, perlu diingatkan, dokumen sokongan diperlukan bagi permohonan kesihatan dan keselamatan.

BACA: “Bila Penat Kerja, Saya Tengok Gambar Keluarga,” Bapa Travel Lebih 300km Sehala Cari Rezeki Keluarga

Selain itu, pemohon perlu memastikan kenderaan juga tidak mempunyai sebarang rekod atau kes belum selesai dengan JPJ atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan pelbagai kesalahan.

Permohonan penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pemohon sahaja.

Jika kenderaan bukan hak milik pemohon perlu mengemukakan pelbagai dokumen atau surat hubungan dengan pemilik kenderaan perlu dikemukakan seperti; sijil lahir, sijil perkahwinan dan banyak lagi.

cara mohon tinted gelap
Gambar: JPJ

Semoga bermanfaat

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.