Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
isteri maut ditelan ular
Kredit gambar: DetikSulsel

Tak Sempat Beli Ubat Untuk Anak, Wanita Maut Ditelan Ular Sawa

Azizah Najib

Tak Sempat Beli Ubat Untuk Anak, Wanita Maut Ditelan Ular Sawa

Indonesia — Seorang wanita dilaporkan maut apabila ditelan seekor ular sawa berukuran lapan meter di Desa Siteba, Luwu sekitar, Sulawesi Selatan jam 7.30 waktu tempatan pada Selasa.

Menurut detikSulsel, mangsa yang dikenali sebagai Siriati, 30, dikatakan keluar daripada rumah dan berjalan kaki menuju ke rumah abangnya yang berdekatan.

“Tujuan mangsa ingin meminta bantuan abangnya bagi membawanya membeli ubat untuk anaknya, tetapi mangsa terlebih dahulu berjalan kaki dari rumahnya melalui hutan,” kata Setiausaha Desa Siteba, Iyang.

Menurutnya lagi, ketika sudah berada berhampiran dengan rumah abangnya, mangsa diserang secara tiba-tiba oleh ular sawa semasa dalam perjalanan.

“Ketika berada di dalam hutan, mangsa ditelan seekor ular sawa sepanjang kira-kira lapan meter, tidak jauh dari rumah abangnya di kampung sama.

“Disebabkan abangnya sudah lama menunggu, abangnya menghubungi suami mangsa dan bertanya di mana mangsa. Suami mangsa memberitahu dia sudah ke sana,” katanya lagi.

BACA: Mayat Wanita Ditemui Dalam Perut Ular Sawa Sepanjang 5 Meter

Suami mangsa mengambil keputusan untuk mencari isterinya. Dia mengikuti laluan yang disangka digunakan oleh mangsa untuk ke rumah abangnya.

Ketika itu dia melihat seekor ular yang membusung seperti telah menelan sesuatu.

Dia kemudiannya menghubungi penduduk untuk melihat keadaan ular sawa yang ditemui. Sementara itu, penduduk bergegas ke lokasi bersama anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) lalu membunuh ular sawa tersebut.

Suami syak isteri maut ditelan ular sawa

“Kerana mengesyaki isterinya ditelan ular tersebut, kepala ular dipotong kemudian ular digantung di pokok sehingga mangsa keluar dari perut ular itu,” kata Iyang lagi.

Menurut Iyang, mangsa disyaki sudah berada di dalam perut ular sawa itu selama satu jam.

“Suaminya menjumpai mangsa sekitar jam 8.30 (ketika itu) sudah berada di dalam perut ular. Sekitar jam 9 baru dapat dikeluarkan dari perut ular tetapi (mangsa) sudah meninggal,” sambungnya.

Dalam pada itu, anggota TNI, Serda Nasruddi berkata bahawa mayat mangsa telah disemadikan hari ini manakala bangkai ular telah ditanam.

Imbas kembali, seorang wanita sebelum ini dilaporkan maut ditelan ular sawa dalam kejadian yang juga berlaku di Sulawesi Selatan.

Wanita berusia 50 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah untuk ke kebun, namun mangsa akhirnya telah ditemui maut dalam perut ular sawa tersebut.

Sumber: DetikSulsel

BACA: Dipercayai Tumpahkan Air, Budak 3 Tahun Maut Dipukul Ibu Bapa

BACA: Pekerja Warga Bangladesh Maut, Tertimbus Runtuhan Tanah