Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
TFC nafi jurulatih meninggal
Kredit gambar: BERNAMA

TFC Nafi Steinbruckner Meninggal Kemalangan

Azizah Najib

TFC Nafi Steinbruckner Meninggal Kemalangan

KUALA NERUS, 3 Julai (Bernama) — Terengganu FC (TFC) menafikan khabar angin bahawa ketua jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Ia susulan penularan berita dan gambar palsu di laman sesawang dan media sosial hari ini.

Pengarah Sukan TFC, Zul Fadli Rozi berkata berita tersebut jelas palsu dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab atas tujuan tidak baik.

Beliau berkata pengendali kelahiran Croatia itu masih sihat dan giat melatih pemain di padang petang tadi sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang Sabah FC di Kota Kinabalu, Sabtu ini.

TFC membenam Sabah FC 4-0 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, Sabtu lalu.

BACA: Azeem Isi Slot Wild Card Ke Paris 2024

“Saya menafikan sekeras-kerasnya berita yang tersebar di laman sesawang dan laman sosial. Coach Tomi sihat walafiat dan sibuk melatih pemain di Pusat Latihan TFC di Gong Badak petang tadi…saya pun ada di sana,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zul Fadli beliau serta keluarga besar TFC amat kesal dengan penularan berita itu yang dibimbangi menjejaskan semangat penyokong.

Beliau juga berharap supaya peminat bola sepak tidak mudah percaya dengan khabar angin dan tidak menularkan berita palsu itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tabung Solidariti SFC Kumpul Lebih RM76,000

BACA: Jangan Tertukar, Ini Beza Resume, CV, Resume Gabungan & Portfolio