Siakap Keli

Lebih 100 Tempat Pelancongan di Taiwan Dah Ada Surau

Lebih 100 Tempat Pelancongan di Taiwan Dah Ada Surau

Negara Taiwan telah menduduki tangga ketiga dalam Global Muslim Travel Index yang menunjukkan Taiwan salah satu destinasi pelancongan mesra muslim.

Tahukah anda lebih 100 tempat tumpuan pelancong di Taiwan sudah dilengkapi dengan ruang solat. Malah ada ruang solat yang lengkap dengan sejadah dan tempat wuduk.

Sebagaiaman kita melancong di Malaysia, surau di tempat-tempat tumpuan sangat penting untuk pelancong muslim menunaikan ibadah solat.

Begitulah yang sedang giat diusahakan di Taiwan untuk menjadikan semua pusat pelancongan lengkap fasiliti untuk pengunjung muslim walaupun negara mereka bukan negara Islam.

FamilyMart Ada Sudut Produk Halal

Bukan sahaja ruang solat, jenama kedai serbaneka gergasi seperti FamilyMart di Taiwan juga sudah menyediakan sudut produk makanan halal untuk pelanggan muslim.

Ini menunjukkan menjadikan Taiwan negara mesra muslim adalah satu usaha yang serius kerana jenama-jenama besar pun mengambil bahagian dalam usaha ini.

Badan Organisasi Halal di Taiwan

Negara Taiwan tidak memiliki satu badan berkuasa untuk memberikan sijil halal pada produk makanan, restoran dan sebagainya.

Jika di Malaysia, hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja yang berhak memberikan sijil halal.

Di Taiwan ada beberapa badan organisasi yang layak untuk mengeluarkan sijil halal.

Antara badan organisasi utama adalah Chinese Muslim Association, Taipei Grand Mosque dan Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA).

Sijil halal yang dikeluarkan THIDA juga antara sijil halal antarabangsa yang diiktiraf JAKIM.

taiwan ada surau taiwan ada surau taiwan ada surau

Taiwan juga mengiktiraf sijil halal antarabangsa yang dikeluarkan JAKIM, Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Kalau korang mencari destinasi yang sesuai nak melancong, mungkin korang boleh pertimbangkan untuk melacong ke Taiwan dan merasai hospitaliti mesra muslim termasuk produk halal, restorana halal, ruang solat dan sebagainya. Pasti korang tak menyesal dan terasa berada di sebuah negara Islam.

Terima kasih tak terhingga kepada Hexacomms yang mewakili Taiwan Tourism di Malaysia kerena memberi peluang kepada Siakap Keli merasai pengalaman melancong di Taiwan.

BACA JUGA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.