Siakap Keli

Vitamin C Chewable Baharu Blackmores: Sokongan Untuk Anda & Orang Tersayang!

Memperkenalkan BLACKMORES Daily Protect Chewable – Vitamin C chewable pertama dari Blackmores untuk kesihatan anda dan orang tersayang.

BLACKMORES Daily Protect Chewable (MAL 23076062 NCR), vitamin C chewable pertama jenama ini, mengandungi 500mg vitamin C setiap tablet, dengan tambahan bioflavonoid (hesperidin).

Memenuhi keperluan gaya hidup sibuk, ia menawarkan formulasi kunyah yang mudah dengan tanpa tambahan pemanis tiruan atau perisa tiruan. BLACKMORES Daily Protect Chewable juga disahkan Halal.

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2024 – BLACKMORES hari ini melancarkan Daily Protect Chewable, vitamin C chewable pertama dari jenama ini. Dihasilkan untuk sokongan optimum, ia menawarkan kemudahan, rasa yang menyenangkan, dan manfaat kesihatan dalam setiap tablet. Sertai kami dalam merangkul era baru kesihatan untuk anda dan orang tersayang!

Pada zaman serba moden ini, di mana kesihatan adalah keutamaan, BLACKMORES juga menyedari kepentingan menyediakan sokongan kesihatan yang mudah diakses.

Daily Protect Chewable direka untuk memenuhi keperluan individu dewasa yang sentiasa sibuk yang menyukai alternatif yang menyenangkan daripada menelan pil. Vitamin C chewable ini diformulasi untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dan gaya hidup sibuk pengguna moden. Selain itu, Daily Protect Chewable juga diperkaya dengan bioflavonoid sitrus semulajadi iaitu hesperidin.

“Di BLACKMORES, kami memahami cabaran untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan jadual harian yang sibuk dan pelbagai keutamaan individu.

“Dengan Daily Protect Chewable, kami ingin memudahkan rutin kesihatan harian anda dan menjadikan pengambilan vitamin C pengalaman yang menyeronokkan untuk semua orang,” kata Encik Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES Malaysia dan Singapura.

“Kami juga percaya bahawa kesihatan sepatutnya menjadi sesuatu yang boleh dinikmati dan bukan sesuatu beban. Tambahan pula, ia telah disahkan Halal, jadi pengguna Muslim boleh mengambilnya dengan yakin.”

Daily Protect Chewable kini boleh didapati di seluruh negara, memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengekalkan kesihatan umum harian mereka dan menjaga kesihatan orang tersayang dengan mudah. Sertai BLACKMORES dalam perjalanan menuju hari esok yang bahagia dan sihat dengan Daily Protect Chewable.

Produk ini digunakan sebagai suplemen kesihatan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk penjagaan kesihatan semula jadi BLACKMORES, pengguna boleh melayari blackmores.com.my

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: