Erik Ten Hag Sambung Kontrak Dengan Manchester United Hingga 2026
Bakal pengurus legenda Manchester United, Erik Ten Hag sah kekal sebagai pengurus kelab itu untuk dua tahun lagi selepas beliau menyambung kontraknya sehingga 2026.
“Saya sangat gembira apabila berjaya mencapai persetujuan dengan kelab untuk meneruskan kerjasama ini.
“Melihat kepada dua musim lepas, kami berbangga dengan kejayaan kami termasuk memenangi dua trofi dan kemajuan lain yang berjaya dicapai.
“Namun, kita semua harus sedar bahawa banyak lagi perkara yang perlu dibuat supaya kelab ini dapat berada di tahap yang semua orang jangkakan, iaitu memenangi gelaran liga dan Eropah.
Ten Hag sah sambung kontrak dengan United sehingga 2026
“Dalam pertemuan bersama kelab, kami dapati visi kami selari untuk mencapai semua sasaran di atas. Maka, kami komited untuk bekerjasama ke arah itu,” kata Ten Hag.
Pengarah Sukan Kelab, Dan Ashworth berkata, kejayaan menjulang dua trofi sebelum ini telah meletakkan Ten Hag sebagai antara pengurus paling konsisten di Eropah.
“Ketika kelab menilai semula prestasi kelab pada musim lepas, kami juga menyedari bahawa Ten Hag adalah individu yang paling sesuai untuk menambah baik standard dan pencapaian.
Hierarki bola sepak baharu kelab tidak sabar hendak bekerjasama dengan Ten Hag
“Para pemain dan staf semasa kelab sudah membuktikan mereka mampu bersaing untuk merebut trofi, yang penting sekarang kami perlu melakukannya secara konsisten,” katanya.
Dengan hierarki bola sepak baharu kelab yang sudah lengkap, Ashworth berkata mereka kini tidak sabar untuk kerjasama dengan Ten Hag dan memenuhi semua sasaran yang diletakkan.
BACA: Terlebih Kerja Dua Tahun Dari Umur Pencen, Cikgu Diminta Pulang Semula Gaji RM21k
BACA: Dipercayai Untuk Ritual Ilmu Hitam, Kubur Wanita Digali & Tali Ikat Kain Kafan Dicuri
BACA: Hukum Tampal Ayat Al-Quran, Zikir Di Cermin Kereta? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli
Sumber: Manchester United