Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hukum Menampal Ayat Al-Quran
Kredit: Bernama

Hukum Tampal Ayat Al-Quran, Zikir Di Cermin Kereta? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Athirah

Hukum Tampal Ayat Al-Quran, Zikir Di Cermin Kereta? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Segelintir pemilik kereta pasti ingin mencantikkan kenderaan dengan memasang pelbagai aksesori atau gajet. Ada saja yang nak ditambah biar sedap mata memandang dan nampak berbeza dengan kereta lain.

Selain itu, penggunaan pelekat pada cermin atau badan kenderaan dengan pelbagai tulis atau gambar turut menjadi pilihan orang ramai untuk ‘menghias’ kereta masing-masing.

Pelekat tentera kalimah suci al-Quran atau kalimat nama Allah SWT dan Rasullulah SAW sering menjadi pilihan orang ramai untuk diletakkan pada cermin belakang kereta.

Walaupun begitu, ada juga yang melihat tindakan melekat pelekat ayat-ayat suci Al-Quran pada kenderaan sebagai tidak sesuai.

Hukum tampal ayat suci Al-Quran, zikir pada cermin kereta

Lalu, daripada perspektif agama, apa pula hukumnya? Seorang individu kemudian tampil bertanya perkara tersebut kepada Mantan Menteri Agama dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jom ikuti kupasan beliau dibawah.

Soalan:

Assalamu’alaikum Dato’ Seri. Apakah hukum menampal ayat al-Quran atau zikir di cermin kereta?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Pada asasnya, para ulama’ bersepakat meletakkan hukum haram pada perbuatan menggantung ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah zikir, atau kalimah Allah SWT dan Muhammad SAW di dalam rumah ataupun di kedai-kedai dan selainnya dengan tujuan menolak bala atau melariskan perniagaan atau dengan kepercayaan ia berfungsi sebagai tangkal atau penarik orang ramai dan sebagainya.

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menggantung sesuatu nescaya dia akan diserahkan kepadanya (benda yang digantung)”.

Riwayat Al-Tirmizi (2072)

Al-Mulla ‘Ali Al-Qari menukilkan daripada Ibn al-Athir, katanya: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu ke atas dirinya daripada pelindung-pelindung, tangkal, dan yang seumpama dengan keduanya dengan beriktikad bahawa kesemua itu mendatangkan manfaat atau menghalang kemudaratan nescaya dia akan diserahkan kepadanya. Iaitu dia akan dibiarkan bersama benda yang dijadikan pelindung itu dan akan ditinggalkan bersamanya. (Lihat Mirqah al-Mafatih, 7/2882)

Hukum Menampal Ayat al-Quran Pada Kenderaan

Pada asasnya, tidak arahan dan juga larangan yang khusus berkenaan perkara ini, namun sekiranya seseorang ingin melekatkan ayat al-Quran atau pelekat berunsur agama seperti zikir-zikir hendaklah dengan niat yang betul seperti dengan tujuan niat berdakwah atau berkongsi perkara yang baik, dan bukannya sebagai tangkal atau seumpamanya.

Hal ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: “Sampaikanlah daripada aku walau pun hanya satu ayat.”

Riwayat al-Bukhari (3461)

Namun begitu, sekiranya niat menampal ayat al-Quran dengan tujuan yang tidak baik seperti untuk menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan perasaan riya’ ataupun dengan tujuan sebagai tangkal, maka ia tidak bolehkan dan dilarang dalam Islam.

Syeikh Abdul Aziz bin Baz ketika ditanya soalan berkenaan terdapat dalam kalangan orang yang menggantung ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi SAW di dalam bilik-bilik rumah mereka, restoran atau pejabat-pejabat, adakah ini dianggap menggunakan tangkal dan azimat yang diharamkan oleh syara’, tahu akan niat disebaliknya ialah memohon berkat dan menghalau syaitan, atau mengingatkan seseorang yang pelupa dan memberi amaran kepada yang lalai

Adakah ini menyerupai penggunaan tangkal dan azimat meletakkan al-Quran di dalam kereta bagi mendapat keberkatan?”

Beliau menjawab: “Jika niatnya sebagaimana yang dinyatakan iaitu memperingatkan orang atau mengajar sesuatu yang bermanfaat, maka itu tidaklah salah. Akan tetapi jika dia percaya bahawa ia (al-Quran) boleh melindungi seseorang daripada syaitan atau jin, maka aku tidak tahu akan asal perbuatan tersebut.

Begitu juga didalam keadaan yang sama, tidak ada asasnya meletakkan Mushaf al-Quran di dalam kereta seseorang bagi tujuan melindunginya, dan perbuatan tersebut tidak dibenarkan.

Tetapi jika seseorang itu meletakkan di dalam kereta agar dia boleh membacanya kadangkala atau ada dikalangan penumpangnya boleh membacanya, maka ini sesuatu perbuatan yang baik, dan tidak ada salah melakukannya” (Lihat Fatawa Islamiyyah, 4/29)

Justeru, dalam hal ini, kami menasihati bagi sesiapa yang meletakkan pelekat ayat al-Quran atau yang berunsur agama seperti kalimah zikir pada kenderaan dengan mengikuti panduan seperti berikut:

  • Sekiranya pelekat yang berupa ayat Quran atau hadith atau yang berbahasa arab, adalah lebih baik diletakkan sekali terjemahannya kerana ia lebih mencapai kepada maksud dakwah dan tujuan pelekat itu diletakkan.

  • Letakkan ayat Quran atau hadith di tempat yang kelihatan mulia pada bahagian kenderaan kerana memuliakan Quran dan hadith-hadith Nabi itu adalah disuruh oleh syarak.

  • Tidak meletakkan perkataan-perkataan yang menghina agama lain kerana ia ditegah dalam Islam sebagaimana firman Allah SWT:

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu semua memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah. Takut nanti mereka akan memaki pula akan Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”

(Surah al-An’am : 108)

  • Tidak terlalu banyak sehingga boleh menggangu penglihatan pemilik kenderaan. Ini jelas akan membawa kemudharatan. Kaedah menyebutkan:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh membuat kemudaratan.”

  • Jangan meletakkan ayat-ayat al-Quran berada pada tempat yang rendah sehingga dibimbangi apabila kotor debu atau sebarang najis boleh mengena kepada tulisan tersebut. Hal ini amatlah tidak wajar.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami katakan bahawa menampalkan ayat-ayat al-Quran atau kalimah zikir dengan tujuan memberi peringatan atau dengan tujuan dakwah adalah tidak menjadi masalah jika dilakukan dengan sopan, seperti melekatkannya pada cermin kereta atau seumpamanya.

Namun, sekiranya perbuatan menampal ayat-ayat al-Quran pada cermin kereta dengan tujuan sebagai tangkal dan pelindung, atau pun mempunyai risiko untuk ayat-ayat tersebut dipandang rendah, terdedah kepada kemungkinan rosak, atau penyebab kepada kurangnya penghormatan terhadap keagungan ayat-ayat al-Quran, maka ia tidak dibolehkan dan diharamkan jika sekiranya ia digunakan sebagai tangkal dan pelindung kerana ia jelas merupakan perbuatan yang membawa kepada syirik.

Oleh itu, dalam hal ini adalah lebih baik menghadkan tampalan tersebut kepada beberapa zikir atau nasihat yang bermanfaat.

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.

BACA: Dipercayai Untuk Ritual Ilmu Hitam, Kubur Wanita Digali & Tali ‘Pocong’ Dicuri

Sumber: Maktabah Al-Bakri