Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Malaysia Hantar 40,000 Naskhah Al-Quran
Kredit: Bernama

Malaysia Hantar 40,000 Naskhah Al-Quran Ke Washington, Ivory Coast Dan Ghana

BERNAMA

Malaysia Hantar 40,000 Naskhah Al-Quran Ke Washington, Ivory Coast Dan Ghana

PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) -- Malaysia hari ini menghantar 40,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan ke Washington, Amerika Syarikat; Ivory Coast dan Ghana, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan negara dalam menyebarkan nilai Islam dan ilmu al-Quran ke seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan berkata penghantaran itu dilaksanakan melalui Kompleks Nasyrul Quran dengan kerjasama Yayasan Restu serta penyumbang wakaf.

Beliau berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyebarkan risalah al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke seluruh dunia.

"Penghantaran al-Quran ini bukan sekadar misi logistik, tetapi satu amanah dakwah dan kemanusiaan.

"Ia melambangkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkukuh kefahaman Islam yang rahmatan lil 'alamin di peringkat global," katanya pada Majlis Peluncuran Dua Kontena Penghantaran al-Quran dengan Terjemahan ke Washington, Ivory Coast dan Ghana, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata setakat ini Malaysia telah menghantar al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa ke lebih 40 negara.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Datuk Dr Abdul Latiff Mirasa berkata penghantaran itu adalah sebahagian daripada komitmen yayasan tersebut dalam menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab percetakan, penterjemahan dan pengedaran al-Quran bertaraf antarabangsa.

"Penghantaran ini melengkapkan 553,966 naskah yang sudah disalurkan ke beberapa negara melalui pelbagai agensi dan organisasi," katanya.

Penghantaran itu meliputi 20,000 naskhah al-Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol Eropah (Spanish Europe) dan Bahasa Sepanyol Latin (Spanish Latin) ke Amerika Syarikat (Washington); dan 20,000 al-Quran terjemahan Bahasa Perancis dan Inggeris ke Ivory Coast dan Ghana.