Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Laporan Jabatan Audit Negara Dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam

Nurul Naqiyah
laporan jabatan audit negara

Laporan Jabatan Audit Negara Dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam

Kuala Lumpur, 4 Julai 2024 – Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) mengambil maklum laporan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam yang dibentangkan di Parlimen pada hari ini, 4 Julai 2024.

Sebagai latar belakangnya, audit dalam kedua-dua laporan dilaksanakan terhadap PSMB untuk tempoh 2019 hingga 2023. Beberapa tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan berikutan teguran-teguran audit tersebut.

Rentetan itu, prestasi kutipan levi telah meningkat daripada RM475 juta pada 2020, RM848 juta (2021), dan RM1,809 juta (2022) kepada RM2,133 juta pada 2023.

Kutipan levi yang rendah pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19, di mana majikan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diberikan moratorium pembayaran levi dalam tempoh tersebut. Namun kutipan levi telah meningkat semula kepada kadar sepatutnya pada tahun 2022.

Peratusan penggunaan levi juga mencatatkan peningkatan daripada 63% (2020), 32% (2021), 42% (2022) kepada 71% (2023). Peratusan ini merujuk kepada levi yang telah dibayar. Sekiranya levi yang telah diluluskan dan belum dibayar (bayaran hanya dibuat selepas latihan) diambil kira, maka peratusan penggunaan levi pada tahun 2023 mencecah 83%.

Keuntungan sebelum cukai meningkat daripada RM25.8 juta (2020), RM12.1 juta (2021), RM29.8 juta (2022), kepada RM97.5 juta pada 2023.

Bagi menangani isu tunggakan, PSMB telah memperkuatkan Jabatan Inspektorat Pematuhan dan Penguatkuasaan dan mewujudkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada Jabatan Levi dan Jabatan Penguatkuasaan tahun lalu.

Hasilnya, PSMB berjaya mengutip tunggakan sebanyak RM96.27 juta pada tahun 2023 berbanding RM34.36 juta (2020), RM52.34 juta (2021) dan RM81.78 juta (2022).

laporan jabatan audit negarav

Pembaharuan di Bawah Rekayasa KESUMA

Atas arahan Menteri Sumber Manusia (KESUMA) untuk Rekayasa KESUMA, PSMB juga telah melaksanakan reformasi proses untuk menambahbaik tatakelola organisasi pada tahun ini. Ini termasuk:

1.Pemansuhan projek Skills Passport tanpa sebarang kos dan kerugian kepada PSMB mahupun kerajaan.

2.Pengasingan “Jawatankuasa Risiko dan Audit” menjadi dua (2) jawatankuasa berbeza, yakni, “Jawatankuasa Risiko” dan “Jawatankuasa Audit”. Setiap Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh ahli lembaga pengarah yang berbeza dan akan dipengerusikan oleh dua ahli lembaga bebas bukan eksekutif, yang berpengalaman dalam bidang utama dalam kedua dua fungsi tersebut.

3.Pengenalan Akaun Inisiatif Strategik (SIA) yang berasingan dengan akaun amanah levi adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan kewangan yang lebih telus dan cekap. PSMB ingin menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini. Namun, langkah pengasingan akaun ini memperkukuhkan lagi proses untuk memastikan levi majikan hanya digunakan untuk tujuan latihan kemahiran pekerja majikan berdaftar sahaja dan bukan untuk tujuan lain. Akaun Inisiatif Strategik pula dibiayai melalui Keuntungan Terkumpul PSMB (dan bukan menggunakan dana levi), dengan tujuan menyokong peningkatan kemahiran dan pembangunan modal insan dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro PKS, dan komuniti rentan.

4.Memperketat proses dalaman bagi mendapatkan kelulusan Panel Pelaburan yang merangkumi sebahagian Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang berpengalaman dalam bidang pelaburan. Ini termasuk memperkasakan bahagian perbendaharaan PSMB yang akan menjalankan due diligence atau usaha wajar untuk setiap pelaburan.

5.Memudahcara serta menggalakkan penggunaan levi oleh majikan melalui dasar-dasar baru. Contohnya, levi kini boleh digunakan untuk mendapatkan khidmat penyedia latihan kemahiran global seperti Google, LinkedIn, Microsoft, Udemy, Alibaba dan sebagainya. Tambahan lagi, 50% baki levi juga boleh digunakan untuk menaiktaraf kemudahan latihan in-house dan membayar elaun pelatih amali.

6.Mempertingkat kecekapan proses kelulusan geran dan pembayaran geran latihan dari tujuh (7) hari ke 24 jam.

7.Melaksanakan sistem pemantauan permohonan latihan di mana, setiap pemohon hanya boleh menggunakan geran kerajaan untuk pemohonan latihan sekali sahaja berdasarkan rekod nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan. Sistem terbaru ini akan menolak permohonan tersebut secara automatik sekiranya terdapat pertindihan nombor kad pengenalan yang sama.

PSMB akan memastikan penambahbaikan berterusan bagi menjamin tatakelola baik agar mandat agensi untuk pembangunan modal insan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.