Hidangan Mudah Dan Cepat, Ini Resipi Udang Goreng Pedas Ala Thai
Sebut sahaja mengenai udang, pencinta makanan laut mesti suka akan binatang tersebut kerana apabila dijadikan hidangan, pasti tak cukup seekor walaupun hanya seorang yang makan.
Selain daripada dihidangkan secara gorengan, udang juga boleh disajikan sebagai masak lemak, masak kari, masak sambal dan lain-lain.
Ia akan menjadi lebih menyengat apabila dimasak menggunakan resipi masakan Melayu, di mana segala rasa rempah itu dapat dirasa.
Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, memasak sendiri di rumah adalah lebih menjimatkan. Namun, adakala para ibu menjadi runsing apabila memikirkan menu masakan berasaskan udang untuk dihidangkan kepada ahli keluarga.
Tetapi mesti ada satu tahap kita dah bosan dengan makanan yang sama. Sekali-sekala mesti nak cuba makanan lain daripada yang lain kan? Jadi hari ini, SK ingin kongsikan resipi Udang Goreng Pedas Ala Thai. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.
Bahan-bahan Udang Goreng Pedas Ala Thai
Anda perlu sediakan udang yang dibersihkan. Kemudian, empat tangkai cili besar merah dan cili besar hijau, enam tangkai cili padi, tiga ulas bawang putih dan satu inci halia.
Selain itu, anda juga memerlukan satu batang serai yang dititik, empat helai daun limau purut, satu sudu sos tiram dan sos cili, satu sudu sos tomato dan akhir sekali sedikit sos ikan sebagai pelengkap hidangan.
Cara-cara membuat hidangan ini
Mula-mula, anda perlu kisarkan bahan-bahan (jangan kisar terlalu halus) seperti cili besar merah dan hijau, cili padi, bawang putih dan halia.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali dan masukkan satu batang serai yang dititik bersama bahan kisar.
Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga garing, kemudian masukkan daun limau purut, sos tiram, sos cili, sos tomato, sedikit sos ikan dan gaul sehingga sebati.
Apabila bahan-bahan yang dimasukkan tadi sudah naik bau, masukkan udang dan hirisan bawang merah, kemudian gaul sehingga ia betul-betul masak.
Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Rasa udang yang pedas, masam dan manis memang dah tak pandang kiri kanan semasa makan. Selamat mencuba.
BACA: Prebet Syafiq Ditemui Selamat Selepas 19 Hari Dilaporkan Hilang
@chesayang_kitchen Episod 471 | Resepi Udang Goreng Pedas Ala Thai | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh – Udang yang dibersihkan – 4 tangkai cili besar merah & hijau – 6 tangkai cili padi – 3 ulas bawang putih – 1 inci halia – 1 batang serai dititik – 4 helai daun limau purut – 1 sudu sos tiram – 1 sudu sos cili – 1 sudu sos tomato – Sedikit sos ikan thai #resepichesayang #chesayangkitchen #udanggorengpedas
Sumber: Che Sayang Kitchen via TikTok