Ini 10 “Website” Kegilaan Rakyat Malaysia Pada Bulan Jun
Telefon kini ibarat ‘nyawa’ kepada setiap individu untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Tidak seperti kehidupan 20 tahun kebelakang yang masih banyak menggunakan dokumen dan fail-fail data secara fizikal. Kini, dunia secara perlahan-lahan sedang beralih ke sistem atas talian.
Apabila bercakap tentang sistem atas talian, kebanyakan maklumat data dan dokumen muka disimpan secara alam maya.
Perkara ini dapat diilhat dengan jelas seperti aktiviti perbankan, akses perkhidmatan kerajaan, melakukan tempahan temu janji, membeli-belah atau membuat apa-apa sahaja tempahan, semuanya sekarang boleh dilakukan di hujung jari.
Jadi, tidak hairan bermula dari bangun tidur hingga sebelum masuk tidur tangan kita masih menatal gadget ini.
Bukan sahaja sebagai sumber maklumat, namun telefon pintar digunakan sebagai alat komunikasi untuk berhubung dengan orang jauh yang berada di negeri dan negara berlainan bahkan benua sekalipun.
Bercakap mengenai gadget ini, di dalamnya tersedia ribuan aplikasi dengan pelbagai kegunaan am khusus yang boleh diakses oleh pengguna.
Jadi, SK hari ini akan berkongsikan senarai 10 laman sesawang atau ‘website’ yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia.
10 website yang sering dilayari pada Jun

Menurut syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web ada mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada bulan Jun lalu.
Secara keseluruhan, kesemua laman sesawang bermula dari tangga pertama hingga kesepuluh (top 10) tidak mengalami sebarang perubahan pada bulan lepas.
Hasil dapatan data menunjukkan laman carian yang paling popular dan paling banyak digunakan manusia, Google.com kekal sebagai peneraju carta.
Bukan hanya di Malaysia, laman sesawang ini turut menjadi kuasa besar dalam senarai laman sesawang di peringkat dunia.
Selain itu, laman sesawang Youtube.com dan Facebook.com kekal di tempat kedua dan ketiga selain laman sesawang permesejan dalam talian, manakala Whatsapp kekal mendominasi tangga keempat dan laman media sosial, Instagram.com di tempat kelima.
BACA: Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada April
Sementara itu, platform e-dagang, Shopee.com, laman sesawang Chatgpt.com dan Tiktok.com juga kekal di kedudukan keenam, ketujuh dan kelapan sejak sebulan lalu.
Maybank2u.com, laman sesawang perbankan tempatan juga kekal menduduki tangga kesembilan manakala di tempat kesepuluh adalah Yahoo.com.
Sekadar info tambahan, laman sesawang X.com naik 29 anak tangga ke nombor 14 selepas bulan lalu merekodkan di kedudukan 43.

Sumber: Similiar Web