Siakap Keli
lawatan rasmi menteri pertahanan malaysia ke negara brunei darussalam

Lawatan Rasmi Menteri Pertahanan Malaysia Ke Negara Brunei Darussalam

Lawatan Rasmi Menteri Pertahanan Malaysia Ke Negara Brunei Darussalam

1. BANDAR SERI BEGAWAN – YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan telah mengetuai delegasi Malaysia buat kali pertamanya dalam lawatan kerja rasmi ke Negara Brunei Darussalam dari 8 dan 9 Julai 2024 sejak beliau menyandang jawatan tersebut pada Disember 2023.

Ketibaan YB Menteri Pertahanan dan delegasi di Pusat Gerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba semalam telah disambut oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Brunei; Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dan Yang Mulia Dayang Marina binti Abdullah Sitau, Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan Brunei. 

2. Pada sebelah malamnya, YB Menteri Pertahanan telah menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) DatoPaduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ll, Brunei Darussalam.

Semasa majlis tersebut, YB Menteri Pertahanan telah kongsikan bahawa, meskipun hubungan antara Malaysia dan Brunei sudah sedia ada baik, tidak bermakna ia tidak boleh terus dimantap dan diperkukuh. YB Dato’ Seri Mohamed Khaled turut berterima kasih kepada bantuan kerajaan Brunei dalam misi mencari Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan(RS)yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei baru-baru ini.

lawatan rasmi menteri pertahanan malaysia ke negara brunei darussalam

3. Pada 9 Julai 2024, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah mengadap Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar’ Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan meliputi pelbagai perkara, terutamanya mengenai kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. YB Dato’ Seri Khaled turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat antara Malaysia dan Brunei di peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk kerjasama dalam operasi pengaman antarabangsa di Lubnan, di bawah UNIFIL.

4. YB Menteri Pertahanan juga telah mengadakan sesi kunjungan hormat keatas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ll, Brunei Darussalam pada sebelah paginya. Semasa sesi tersebut, kedua-dua Menteri mengulangi komitmen untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala sedia ada dan meningkatkan kerjasama melalui platform dua hala dan pelbagai hala. Kedua-dua Menteri mengakui bahawa lawatan rasmi ini adalah bukti ikatan kukuh dan hubungan pertahanan dua hala yang dinamik antara kedua-dua negara.

lawatan rasmi menteri pertahanan malaysia ke negara brunei darussalam

5. Malaysia dan Brunei Darussalam mempunyai hubungan dua hala yang telah lama terjalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama pertahanan pada 14 Februari 1992. Lawatan rasmi ini telah memberi peluang untuk mengukuhkan lagi perkongsian strategik antara kedua-dua negara.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.