Siakap Keli
ira mohon doa anak
Gambar: Ig @iramohdamin

Ira Mohd Amin Mohon Doa Anak Dapat Lawan Penyakit ‘L’

Ira Mohd Amin Mohon Doa Anak Dapat Lawan Penyakit ‘L’

Pengacara, Ira Mohd Amin menyambut ulang tahun kelahiran ke-11 anak sulungnya, Saif Zairil yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) di hospital baru-baru ini.

Momen itu dikongsi oleh Ira menerusi satu muat naik di Instagram rasmi miliknya @iramohdamin, lapor Astro Gempak.

“Hari ini adalah hari lahir @saifzairil. Selamat ulang tahun ke-11 kepada Saif. Betapa saya berharap semuanya berbeza, tetapi Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya.

“Tahun ini, Saif sambut hari lahirnya di dalam hospital. Saif tak sihat. Pakcik dan makcik hadiahkan Saif doa semangat Saif cepat sembuh dan kuat lawan ‘L’ ni boleh?

“Itu je yang Saif nak untuk semua hadiah tahun ini. Doa-doa semua orang harap dikabulkan Allah SWT. Terima kasih semua, Saif, Mama, Baba dan adik-adik sayang semua,” tulis Ira di platform tersebut.

Gambar: Ig @iramohdamin

Ibu empat anak itu turut mendedahkan anak sulungnya menerima kejutan di hari kelahirannya dalam satu hantaran berbeza.

BACA: Terima Jemputan Dua Kali, Elfira Loy Luah Rasa Syukur Tunai Haji Bersama Ibu

“Saif sebenarnya tiada mood. Dia cuba nak gembira pada hari lahirnya, tapi ulser dalam mulut buat dia badmood. Dia lapar tapi tak boleh nak makan sebab sakit bila lalu tekak.

“Jadi bila dia kena masuk hospital, semua kena tukar rancangan. Dari tak tahu, semua kena beritahu pasal rancangan nak kejutan dia.

“Saif gembira sangat tetapi dia sebenarnya sangat lemah. Kesian sangat Saif Mama,” luah pengacara itu.

Gambar: Ig @iramohdamin

Lebih meruntun hati, anak sulungnya hanya meraikan ulang tahun kelahirannya hanya lima minit sebelum kembali semula ke wad.

“Tak sampai lima minit, cukup syarat lah ya. Birthday boy perlu rehat. Pulang ke kamar, menangis dia tak boleh makan kek, sakit sangat tekak, dia tak boleh telan.

“Harap maklum Saif gembira dan hargai sangat semua datang raikan ulang tahun kelahiran dia.

“Dia siap cakap boleh tak kita raikan lagi sekali lepas Saif keluar hospital? Boleh la Saif, tahun ni hari-hari hari jadi Saif ok?” tulisnya.

Sumber: Astro Gempak

BACA JUGA: “Semuanya Dipermudahkan,” Azmi Saat & Isteri Timang Anak Perempuan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: