Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
elfira loy tunai haji
Gambar: Instagram Elfira Loy

Terima Jemputan Dua Kali, Elfira Loy Luah Rasa Syukur Tunai Haji Bersama Ibu

Iqbal Yasir

Terima Jemputan Dua Kali, Elfira Loy Luah Rasa Syukur Tunai Haji Bersama Ibu

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk mengerjakan ibadah haji bersama ibunya, Filzah Yusoff akhirnya terdapai.

Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, dalam satu muat naik di Instagram miliknya memaklumkan beberapa tahun yang lalu dia bersama ibunya telah membuat perancangan untuk menunaikan rukun Islam terakhir itu.

Bagaimanapun, ia tidak kesampaian kerana anaknya pada waktu itu masih kecil.

Dalam pada itu, Elfira atau lebih mesra dipanggil El turut mendedahkan sebelum ini dia dan ibunya telah mendapat peluang untuk mengerjakan haji bersama Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum menerima jemputan kedua daripada Kementerian Media Arab Saudi.

Gambar: Instagram Elfira Loy

“Alhamdulillahilladzi bini’matihi tatimmush shalihat. Syukur sangat impian mama dan El untuk mengerjakan haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul.

“Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan haji dari tabung haji.

“Tapi disebabkan El memikirkan pasal anak jadi saya menolak dan dahulukan mama dulu untuk mengerjakan haji.

“Tetapi, di hari doa selamat Mama, El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi.

“MashaAllah Tabarakallah Allah benar-benar menjemput El sehingga dua kali jemputannya. Jadi El tawakal pada Allah. El pergi sahaja Lillahitaala,” katanya di Instagram.

Gambar: Instagram Elfira Loy

Menerusi hantaran itu, El bersama ibunya memberitahu telah selesai melontar Jamrah di Mina.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga hari Melontar. 12 Zulhijjah 1445H. Haji pertama buat Mama dan El,” tulisnya dalam hantaran itu hari ini.

BACA: Hong Kong Super Fans HK Elfira Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Terdahulu, Elfira Loy memaklumkan jemputan untuk menunaikan ibadah haji daripada Kementerian Media Arab Saudi itu dianggap bagai bulan jatuh ke riba.

“Masih lagi dalam keadaan tak percaya, tapi inilah nikmat yang paling saya syukuri dan tidak sangka ALLAH nak makbulkan doa saya yang hina ini.

“Semua ini terjadi dalam masa seminggu sahaja. Allahuakbar…Saya menyambut baik panggilan ALLAH melalui sambutan haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi.

“Jemputan ini adalah di saat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa,” katanya.

Sumber: Instagram Elfira Loy