Siakap Keli
pencipta kandungan mukbang filipina
Gambar: Facebook/Dongz Four

Pencipta Kandungan Mukbang Filipina, Dongz Apatan Meninggal Dunia

Mukbang Ayam Goreng, Lelaki Meninggal Dunia

Seorang pencipta kandungan mukbang Filipina, Dongz Apatan, 38, disahkan meninggal dunia akibat serangan strok selepas melakukan mukbang, makan ayam goreng dengan nasi, lapor AsiaOne.

Perkara itu disahkan oleh Pakar Kardiologi Tony Leachon yang mengatakan kematiannya berpunca daripada strok hemoragik.

“Menurut doktor yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darahnya meningkat dan saluran darah di otaknya pecah.

“Ia berkemungkinan berpunca daripada makanan masin dan pengambilan daging. Jika anda melakukannya setiap hari, saluran darah anda di dalam otak akan tersumbat,” ujarnya.

Gambar: Facebook/Dongz Four

BACA: ‘Sosikjwa’, Trend Makan Sikit Jadi Trending, Nak ‘Lawan’ Cara Makan Mukbang

Sementara itu, Kakaknya, Leah Apatan turut memuat naik berita kematian adiknya itu di laman Facebooknya.

Leah memaklumkan Dongz Apatan atau yang nama sebenarnya Manoy Apatan mengalami serangan jantung kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan) sebelum dikejarkan ke hospital.

“Terdapat banyak komen yang mengatakan Manoy patut mati kerana dia tamak tentang makanan, tetapi ia hanya sekadar kandungan.

“Dia sebenarnya tidak makan banyak dan di juga tidak menghabiskan makanannya. Manoy tidak tamak, dia membantu orang lain,” kata Leah kepada GMA News Online.

Kali terakhir Dongz Apatan dilihat menerusi video yang dimuat naik pada 13 Jun lalu, menunjukkan dirinya menikmati sepinggan ayam goreng bersama nasi.

Difahamkan, Apatan mempunyai lebih daripada 457,000 pengikut di laman Facebooknya dengan nama Dongz Four.

Sebelum ini, mendiang sering berkongsikan video mengenai mukbang, di mana dia menikmati makanan tempatan.

Untuk makluman, mukbang atau ‘portmanteau’ berasal daripada perkataan Korea untuk “makan” (meokneun) dan “siaran” (bangsong).

Terdahulu, Pempengaruh Vegan Rusia, Zhanna Samsonova meninggal dunia disyaki akibat kebuluran kerana mengamalkan diet vegan dengan hanya memakan buah eksotik di Malaysia, lapor NY Post, menerusi Siakap Keli.

Warga Rusia berusia 39 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 21 Julai 2023 selepas mendapatkan rawatan perubatan semasa lawatan di Asia Tenggara.

BACA JUGA: Adakah Makan Secara Mukbang Dibenarkan Dalam Islam? Ini Penjelasan Mufti

BACA JUGA: (Video) Lain Macam Selera, Oyen Buat Mukbang Lahap Ekor Buaya Penuh Gelojoh

Sumber: Asia One

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.