Siakap Keli
suami isteri abai anak
Sumber: Sinar Harian

Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Abai Anak Tidur Di Kaki Lima Rumah

Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Abai Anak Tidur Di Kaki Lima Rumah

Sepasang suami isteri telah ditahan selepas disyaki mengabaikan anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun, membiarkan dia terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat keluarga mereka di Pasir Gudang, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, menyatakan bahawa pasangan berusia 54 dan 56 tahun itu ditahan pada jam 10.30 malam kerana didapati mengabaikan remaja tersebut sejak 7 Julai lalu.

Menurut Mohd Sohaimi, maklumat mengenai kes ini diterima selepas video kejadian tular di laman Facebook Group Komuniti Taman Air Biru sebelum remaja tersebut diselamatkan oleh pihak polis pada hari Rabu.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau, namun ujian saringan awal air kencing kedua-dua mereka negatif dadah.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari mulai Rabu hingga Isnin depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya.

BACA: Dua Kanak-kanak Maut, Ibu Kritikal Selepas Terperangkap Dalam Kebakaran Bilik Sewa

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.