Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Dua Beradik Meninggal Dunia
Kredit: Sinar Harian

Dua Kanak-kanak Maut, Ibu Kritikal Selepas Terperangkap Dalam Kebakaran Bilik Sewa

Athirah

Dua Kanak-kanak Maut, Ibu Kritikal Selepas Terperangkap Dalam Kebakaran Bilik Sewa

MELAKA, 11 Julai (Bernama) — Dua kanak-kanak perempuan dipercayai adik-beradik yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik sewa bangunan empat tingkat di Jalan Plaza Mahkota di sini meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, pada mulanya dua kanak-kanak berkenaan Nur Riaisha Zahra Abdullah, 2, dan Nuralia Karisa Abdullah, 12, bersama ibu mereka Azliha Ngah Ariffin, 40, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba di tingkat tiga bangunan rumah kedai itu.

Beliau berkata Azliha yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka kini dalam keadaan kritikal, dan usaha mengesan waris keluarga berkenaan sedang giat dilakukan.

“Dua lagi penyewa bilik di tingkat dua bangunan itu yang merupakan pasangan suami isteri berada dalam keadaan stabil selepas berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa ke hospital sama.

“Kebakaran itu disedari pemilik kedai di tingkat bawah yang juga pemilik bilik sewa di bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang sebelum menghubungi talian 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata 40 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bukit Katil, BPP Melaka Tengah dan BPP Ayer Keroh dengan bantuan empat jentera termasuk satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) terlibat dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamatkan mangsa, selain turut dibantu tiga ambulans Bulan Sabit Merah dan Hospital Melaka.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat 21 bilik sewa melibatkan tingkat satu hingga tiga di bangunan empat tingkat itu, dan hanya enam daripada bilik itu mempunyai penyewa, namun ketika kejadian hanya ada lima penghuni termasuk tiga beranak itu.

Punca kematian dua beradik itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

BACA: Tragedi “Prank” Hari Jadi, Pelajar Maut Dicampak Dalam Kolam & Terkena Renjatan Elektrik

Sumber: BERNAMA