Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
prank hari jadi pelajar maut
Kredit: Tribun News

Tragedi “Prank” Hari Jadi, Pelajar Maut Dicampak Dalam Kolam & Terkena Renjatan Elektrik

Athirah

Tragedi “Prank” Hari Jadi, Pelajar Maut Dicampak Dalam Kolam & Terkena Renjatan Elektrik

Seorang pelajar SMA Negeri 1 Cawas, daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas dicampak ke dalam kolam di sekolahnya.

Menurut Tribun News, tragedi tidak diingini itu berlaku ketika mangsa menerima kejutan daripada rakan-rakan semasa sambutan hari lahirnya ke-18 pada pada 8 Julai lepas.

Mangsa pada mulanya telah dilempar dengan tepung sebelum dicampak ke dalam kolam sekolah sedalam tiga meter oleh rakan-rakannya.

Remaja itu bagaimanapun dikatakan tidak tahu berenang dan telah berpaut pada kabel elektrik untuk keluar daripada kolam tersebut.

Prank hari jadi bertukar tragedi, pelajar maut dicampak dalam kolam & terkena renjatan elektrik

Malangnya mangsa telah terkena renjatan daripada kabel berkenaan sehingga menyebabkan mangsa sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut Tribun News lagi, dua pelajar lain yang cuba menolong mangsa keluar dari kolam tersebut turut terkena renjatan elektrik.

Dua pelajar berkenaan bagaimanapun terselamat dan dihantar ke pusat perubatan untuk menerima rawatan.

Manakala jenazah mangsa pula sudah pun selamat dikebumikan pada Selasa di Tanah Perkuburan Desa Cawas, Kecamatan Cawas, Kabupaten Klaten.

Keluarga tidak mahu jadikan kes polis, anggap sebagai musibah

Dalam pada itu, Tribun News melaporkan keluarga mangsa enggan memanjangkan kes berkenaan dan menerima apa yang berlaku sebagai musibah.

Ketua Polis Cawas, Inspektor Umar Mustofa turut mengesahkan bahawa keluarga mangsa tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, pihak polis masih meneliti kejadian itu dan menyiasat insiden yang berlaku.

“Siasatan masih dijalankan dan kami akan maklumkan perkembangan sekiranya kematian mangsa melibatkan unsur-unsur jenayah,” katanya.

Umar Mustofa turut memaklumkan pihaknya setakat ini tidak dapat mengesahkan sama ada tindakan mangsa menarik kabel elektrik sehingga terkena renjatan berlaku kerana kecuaiannya sendiri atau sebaliknya.

BACA: Wanita Pertama Terima Buah Pinggang Babi & Jantung Mekanikal Meninggal Dunia

BACA: Juara Pun Ambil Gambar Sendiri, Gelagat Budak Ini Raih Perhatian Ramai

BACA: Kepala Paip Mesin Basuh Selalu Bermasalah, Lelaki Kongsi Penyelesaiannya

Sumber: Tribun News