Siakap Keli
budak gambar sendiri
Gambar: TikTok @acebadminton

Juara Pun Ambil Gambar Sendiri, Gelagat Budak Ini Raih Perhatian Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Juara Pun Ambil Gambar Sendiri, Gelagat Budak Ini Raih Perhatian Ramai

Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang diminati sebahagian rakyat Malaysia selain bola sepak.

Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu gelanggang badminton di setiap arena penuh ditempah oleh orang ramai yang menggemari sukan itu.

Jadi, tidak hairan jika pertandingan badmintan ini kerap kali diadakan dengan pelbagai ganjaran menarik di samping pencarian bakat-bakat muda.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memenangi pertandingan badminton yang disertainya di sebuah arena badminton, Ace Badminton Centre.

Dalam klip berkenaan terdapat dua hamper dan beg badminton yang berada di sebelah gelanggang bersama kanak-kanak itu.

Dah menang mesti nak bergambar sebagai kenang-kenangan

Walau bagaimanapun, berlaku momen meruntun jiwa pengguna media sosial apabila tiada yang mahu mengambil gambarnya untuk disimpan sebagai kenangan.

Gambar:

Kanak-kanak tersebut dilihat mengeluarkan sebuah telefon pintar, cuba meminta pertolongan daripada orang yang lalu-lalang di situ untuk mengambil gambarnya bersama hadiah.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali melakukan pendekatan, usahanya tidak membuahkan hasil dan kehadirannya juga tidak diendahkan.

Gambar: TikTok @acebadminton

Sebelum meminta pertolongan orang ramai, kanak-kanak itu menyusun hadiah yang diterimanya untuk bergambar.

Apabila usahanya tidak diendahkan, kanak-kanak itu akhirnya membuat keputusan untuk mengambil gambar sendiri dengan cara menyandarkan telefon pintarnya pada kasut.

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap kanak-kanak itu dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat termasuk mendoakan kejayaannya di masa hadapan.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Berikut antara komen pengguna;

“Semoga nanti dah besar orang ramai berpusu-pusu nak ambik gambar awak dik. Semoga jadi atlet negara yang cemerlang satu hari nanti,” komen seorang pengguna.

“Hari ini tiada orang mahu tolong ambilkan gambar tapi satu hari nanti bila kau sudah berjaya dalam bidangmu adik, percayalah orang akan ambil gambarmu tanpa kau minta,” tulis seorang lagi.

“Aku kagum dekat budak ni dia berusaha nak simpan kenangan kejayaannya, Tengok dia susun hamper sijil  dan raket. Cadang dia dekat tengah-tengah tu. Tapi tiada yang sudi nak ambilkan (gambar) untuk dia,” komen pengguna lain.

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 100,000 tontonan dengan lebih 4,000 tanda ‘suka’ dan komen netizen.

@acebadminton

Juara 🏸🏅📸🤳 #badminton #badmintonlovers #acebadminton #kidsbelike #fypシ

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto

Sumber: TikTok @acebadminton

BACA JUGA: Ira Mohd Amin Mohon Doa Anak Dapat Lawan Penyakit ‘L’

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.