Siakap Keli
paip mesin basuh bermasalah
Kredit: Facebook MoFaz AJ

Kepala Paip Mesin Basuh Selalu Bermasalah, Lelaki Kongsi Penyelesaiannya

Kepala Paip Mesin Basuh Selalu Bermasalah, Lelaki Kongsi Penyelesaiannya

Mesin basuh merupakan salah satu teknologi yang memudahkan kehidupan kita. Kewujudan mesin basuh bukan sahaja menjimatkan tenaga malah turut menjimatkan masa terutamanya mesin automatik.

Bagi anda yang pertama kali membeli atau berdepan dengan mesin ini, pasti ada beberapa perkara yang buatkan anda bingung untuk selesaikan.

Anda akan menghadapi masalah apabila tahu bahawa paip penyambung dari mesin basuh bersaiz lebih kecil daripada paip getah biasa.

Masalah pertama timbul apabila pihak pemaju tidak menyediakan kepala paip yang bersesuaian untuk penyambung air ke mesin basuh.

Masalah kedua pula berlaku apabila pihak pemaju sudah pun menyediakan kepala paip yang bersesuaian tetapi berlaku ketirisan.

Yang terakhir, masalah ketiga terjadi apabila kepala paip yang sama diperlukan untuk kegunaan paip getah biasa, yang ukur lilitnya lebih besar berbanding paip penyambung air ke mesin basuh.

Adakah anda menghadapi masalah-masalah yang serupa? Jika ya, ikuti perkongsian di bawah dari salah seorang ahli Kumpulan Facebook Tukang Apa Hari Ini, MoFaz AJ yang menghadapi ketiga-tiga masalah ini dan berjaya mengatasinya sekali harung.

Cara atasi kepala paip mesin basuh yang bermasalah

MoFaz mencadangkan penggunaan penyesuai (adapter) khas untuk paip penyambung mesin basuh bagi menyelesaikan masalah pertama. Dengan adanya adapter khas ini, tiada lagi masalah dengan ukuran lilitan yang berbeza.

Bagi menyelesaikan masalah kedua pula, anda hanya perlukan pita putih atau white tape yang berfungsi sebagai bahan tampal yang menghalang air daripada menembusi ruang-ruang antara sambungan paip.

“Tak perlu tebal, dua (hingga) tiga lilit je,” maklum MoFaz menerusi salah satu gambar.

kepala paip mesin basuh bermasalah
Adapter khas untuk sambungkan paip penyambung mesin basuh dengan lilitan pita putih di muncung kepala paip. Kredit: Facebook MoFaz AJ

Dengan melilitkan pita putih di sekeliling bahagian muncung kepala paip sebelum anda sambungkan adapter, masalah anda dapat diselesaikan. Sebaiknya simpan beberapa gelung pita putih di rumah untuk kegunaan masa depan. Cara ini boleh juga digunakan jika berlaku ketirisan air di tempat lain.

Dalam menyelesaikan masalah ketiga pula, pengguna ini menemui cara yang amat praktikal tanpa perlu bersusah-payah dengan menukar muncung kepala paip berulang-kali.

“Leceh juga nak cabut dan tukar kalau nak pakai air untuk paip lain. Jadi saya beli (kepala paip) lain yang ada dua outlet,” jelas MoFaz.

Anda hanya perlu gantikan kepala paip sedia ada dengan kepala paip yang mempunyai dua saluran keluar air (outlet).

kepala paip mesin basuh bermasalah
Adapter yang berwarna kelabu (depan) merupakan qucik connector yang juga boleh digunakan untuk penyambung mesin basuh. Kredit: Facebook MoFaz AJ

Dengan perkongsian ini, kini anda sudah boleh memperbaiki beberapa masalah perpaipan sendiri. Selamat mencuba.

Sumber: MoFaz AJ Via Tukang Apa Hari Ini

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.