Siakap Keli
rawatan awal racun tikus
Gambar: Pusat Racun Negara (PRN), BERNAMA

Termakan Racun Tikus, Ini Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

Termakan Racun Tikus, Ini Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

Tikus merupakan mahkluk perosak dan spesies ini kebiasaannya tinggal di kawasan dan persekitran yang kotor bahkan ia juga menghuni di sekitar kediaman manusia.

Bukan sekadar tinggal di kawasan kurang bersih, haiwan perosak ini turut menjadi agen pembawa kepada pelbagai penyakit seperti penyakit kencing tikus dan lain-lain.

Jadi, tidak hairan mengapa sesetengah masyarakat cuba untuk menghapuskan haiwan ini menggunakan pelbagai cara, salah satunya menggunakan racun.

Kaedah ini sangat berkesan kerana tikus-tikus yang termakan racun akan mati dengan cepat. Kebiasaannya, orang ramai lebih memilih untuk mencampurkan racun dengan makanan bagi menarik perhatian haiwan tersebut.

Bagaimanapun, kaedah ini juga boleh dikatakan tidak selamat dan memberi bahaya kepada orang ramai khususnya kepada golongan kanak-kanak kerana kadang-kadang ia diletakkan dalam bekas makanan yang biasa dilihat oleh golongan itu.

Sekiranya termakan, racun ini juga boleh membawa kepada risiko maut. Jadi jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai racun tikus ini.

Apa itu racun tikus?

Gambar: Sinar Harian

Umumnya, racun tikus mengandungi bahan aktif zinc phosphide yang merupakan antara racun yang merbahaya kerana mempunyai kadar toksik yang tinggi.

Bagi racun tikus, ia mengandungi peratusan bahan aktifnya sebanyak 80 peratus.

Menurut Pusat Racun Negara (PRN), terdapat lebih kurang 60 jenama racun tikus yang berdaftar di Malaysia, dan boleh didapati dalam berbagai jenama dan bentuk sediaan.

BACA: Pernah Jual Dari Balkoni Tingkat 3, Peniaga Martabak Singapore Bawa Kelainan

Ciri-ciri racun tikus
Gambar: BERNAMA

Untuk pengetahuan, racun tikus mengeluarkan bau seperti ikan busuk dan rasanya tidak akan membuatkan haiwan lain tertarik, namun bau ini akan menarik kehadiran mahkluk perosak seperti spesies itu.

Biasanya racun tikus ini terdapat di pasaran dalam bentuk serbuk dan pepejal. bagi racun yang digunakan di rumah, umumnya dalam bentuk sediaan debu, serbuk, butir dan umpan pepejal.

Tidak hanya itu, ia juga mempunyai bentuk butir berwarna yang biasanya menarik perhatian kanak-kanak yang menganggapnya sebagai makanan ringan.

Penggunaan racun tikus 

Untuk makluman, sebahagian besar penggunaan racun tikus digunakan secara meluas di ladang dan kebun selain digunakan di dalam kediaman.

Meskipun tidak merbahaya pada manusia dan haiwan peliharaan tetapi sesetengah daripada racun tikus mengandungi bahan kimia tertentu yang toksik kepada manusia.

Racun ini boleh memasuki badan kita menerusi saluran pernafasan, mulut atau diserap melalui luka. Bila racun ini dicampur atau bersentuhan dengan air atau asid lemah ia akan membebaskan gas fosfin.

BACA JUGA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Keracunan racun tikus

Menurut PRN, kandungan bahan aktif (bahan kimia) dalam sediaan racun tikus terdiri dalam berbagai jenis, antaranya ialah brodifacoum, bromadiolone, calcium cyanide, chlorophacinone, coumatetralyl, doumatetralyl, flocoumafen, warfarin dan zinc phosphide.

Oleh itu, keracunan racun tikus terhadap manusia bergantung kepada jenis kandungan bahan aktif ini.

Bahan kimia yang diharamkan penjualan

Gambar: BERNAMA

Sesetengah racun tikus mengandungi bahan kimia yang toksik kepada manusia dan disebabkan itu terdapat racun yang diharamkan penjualan oleh kerajaan dan tidak sepatutnya disimpan di dalam rumah.

Antaranya termasuklah arsenik, fosforus, talium, flourida, sianida dan strichnin.

Boleh menyebabkan keracunan ataupun maut jika diambil dengan kadar dos yang tinggi

Anggaran dos yang boleh membawa kepada maut adalah lebih kurang 40 mg/kg.

BACA JUGA: Lelaki Bersenjata Serang Pusat Kawalan Keselamatan, Larikan Senjata Di Yala, Thailand

Kesan

Difahamkan keracunan racun tikus menyebabkan kesesakan paru-paru, tekanan darah menjadi rendah, sukar bernafas, muntah, kadar denyutan jantung tidak menentu, gelugut dan seterusnya menyebabkan koma, kerosakan ginjal, pengurangan sel darah putih.

Lebih membahayakan, ia boleh membawa maut dalam masa empat hari hingga dua minggu.

Sementara itu, luka lambat pulih, gusi atau hidung berdarah, najis dan kencing berdarah, pendarahan usus atau lebih teruk berlaku renjatan hingga tidak sedarkan diri antara kesan daripada pendarahan racun ini.

Langkah awal jika berlaku keracunan tikus

Menurut PRN, langkah atau rawatan awal yang boleh diambil adalah memberikan mangsa minuman susu atau air yang bertujuan meneutralkan asid dalam perut.

Kemudian, cuba muntah dan segera bawa mangsa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Cara penyimpanan racun 

Pertama, racun tikus seelok-eloknya disimpan ditempat tinggi dan tidak kelihatan oleh kanak-kanak.

Kedua, tempat simpanan juga perlu dikunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman.

Ketiga, pastikan racun disimpan dalam bekas asalnya dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.

Sumber: Pusat Racun Negara (PRN)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.