Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
sandwich avocado petai
Kredit: @simplegreensoul via TikTok

Wanita Australia Teruja Buat Sandwich Avocado Petai, Sedap & Penuh Perisa

Athirah

Wanita Australia Teruja Buat Sandwich Avocado Petai, Rasa Sedap & Penuh Perisa

Sarapan merupakan waktu makan pertama dan diambil selepas kita bangun daripada tidur di pagi hari. Apabila kita bersarapan, badan kita akan mempunyai tenaga yang cukup untuk memulakan aktiviti harian.

Di Malaysia, antara menu sarapan yang menjadi pilihan utama tentunya nasi lemak, roti canai atau pun roti goyang, kan? Biasanya, hidangan di atas akan digandingkan dengan segelas teh tarik, teh o ataupun kopi.

Namun begitu, ada juga yang memilih juadah sarapan yang lebih ‘ringan’ dan ringkas seperti bijirin, kuih-muih, sandwich ataupun buah-buahan.

Bagi penggemar sandwich, juadah ini disukai kerana ia merupakan antara makanan segera yang menyihatkan. Malah ada pelbagai jenis resipi sandwich yang boleh dicuba setiap hari.

Wanita ini gabungkan petai dan avocado dalam resipi sandwich

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok mencipta sensasi apabila dia berkongsi resepi sandwich gaya Australia yang menggabungkan avokado dengan petai.

Perkongsian oleh @simplegreensoul pantas menjadi viral dan menarik perhatian warganet dari Malaysia kerana petai merupakan sejenis ulam-ulaman yang sangat dekat dengan masyarakat tempatan.

Berbalik kepada resepi sandwich itu tadi, @simplegreensoul turut berkongsi amalan yang wajib dilakukan oleh mereka yang ingin menikmati ulam tersebut.

Katanya, isi petai perlu dibelah terlebih dahulu untuk memastikan tiada ulat hidup di dalamnya. Kemudian, isi petai hendaklah direbus supaya menjadi lembut dan lebih mudah untuk dipotong kecil-kecil.

@simplegreensoul seterusnya meletakkan isi petai yang sudah direbus bersama avocado di dalam satu bekas untuk dilenyek sehingga halus.

Wanita itu turut menambah jus limau nipis dan serbuk cili untuk digaul bersama.

Selepas itu, @simplegreensoul menyapu ‘inti’ berkenaan diatas sekeping roti sebelum menambah sekeping roti pada bahagian atas.

Maka, siaplah sandwich gaya Australia berkenaan.

Video berkenaan mendapat 1.1 juta tontonan di TikTok

Menurut @simplegreensoul, sandwich berkenaan sangat sedap untuk dinikmati dan mengakui tidak ambil pusing dengan pandangan orang lain berkenaan resepi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok khususnya rakyat Malaysia tergamam dan tidak boleh membayangkan rasa makanan itu apabila dicampurkan bersama petai.

“Petai sandwich? *sakit jantung dalam kemelayuan*” komen seorang wargamaya.

“Kau tunggu. Aku masak kepala salmon tempoyak temerloh style kejap lagi,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Hilang Sejak 10 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini

BACA: Anthony Loke Sesak Nafas Tiada Kaitan Serangan Jantung – Lukanisman

Apa pun, selamat mencuba kepada yang berminat.

Sumber: @simplegreensoul via TikTok