Harry Kane Jadi Manusia Paling Sedih Dalam Final Euro Pagi Tadi
Tamatlah sudah kejohanan bola sepak terbesar Eropah iaitu UEFA Euro 2024 di Jerman. Ia menyaksikan Sepanyol sekali lagi menjulang piala kejohanan tewaskan England 2-1.
Ini adalah kali keempat skuad La Roja itu menjulang kejuaraan Eropah. Kali terakhir mereka menjuarainya bersama jenerasi emas tahun 2012.
Namun, bukan Sepanyol yang menjadi bahan bualan dalam penulisan Sk hari ini. SK lebih tertarik untuk menulis ‘musim kemarau’ yang tak henti melanda Harry Kane.
Sehingga tarikh ini, Harry Kane selaku penyerang prolifik masih belum memiliki sebarang trofi kejuaraan utama atau mat saleh panggil Major Title.
Harry Kane memulakan karier di Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham Hotspurs dan sepanjang berada di kelab itu, Harry Kane sudah tewas dua kali final Piala Liga dan sekali final Liga Juara-Juara Eropah.
Kemudian, Harry Kane berhijrah pula ke pasukan yang setiap musim wajib menjulang Piala iaitu Bayern Munich. Betapa malangnya nasib Harry Kane, buat pertama kali dalam tempoh 12 tahun, Bayern Munich gagal menjuarai Bundesliga. Akur dengan kehebatan The Invincible Bayer Leverkusen musim lepas.
Bayern juga tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Super Jerman dan menyaksikan Bayern gagal meraih sebarang trofi musim lalu.
Bagaikan sumpahan tanpa henti, kemarau yang melanda Harry Kane turut berlarutan ke pasukan England. Sejak Harry Kane menyertai skuad kebangsaan, England sudah tewas dua kali perlawanan akhir Euro pada tahun 2020 dan tahun ini.
England juga sekadar di separuh akhir dalam kempen Piala Dunia Russia 2018 dan suku akhir Piala Dunia Qatar dua tahun lalu.
Jika ditanya pemain mana paling pedih dalam aksi final awal pagi tadi, sudah tentu Harry Kane adalah jawapannya.
https://www.facebook.com/ESPNUK/posts/pfbid0Sw75x7U6NvMAjJNHS1YLD3Qzn4QyGFLbZAHZFaRaRfFegLNZhd5JYJf5wQ4x6sZSl
Sumber: ESPN UK