Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemandu mabuk langgar polis
Sumber: Sinar Harian

Pemandu Mabuk Langgar Polis Trafik Direman Empat Hari

Hannah

Pemandu Mabuk Langgar Polis Trafik Direman Empat Hari

Mahkamah Majistret pada Isnin membenarkan reman selama empat hari terhadap pemandu mabuk yang melanggar anggota polis trafik di Kilometer 3.6 Jalan Pantai Di Johor Bahru semalam.

Tempoh penahanan yang diberikan oleh Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.

Permohonan reman itu dibuat untuk membolehkan penyiasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 44 (1A) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana keadaan memandu dalam pengaruh alkohol.

Kejadian itu berlaku pada Ahad apabila seorang anggota polis trafik sedang bertugas cedera parah selepas dilanggar oleh seorang pemandu yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, menyatakan bahawa kejadian berlaku pada jam 7.05 pagi semasa anggota polis sedang mengawal trafik selepas satu kemalangan di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menuju ke Permas Jaya.

“Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang membuat kawalan lalu lintas satu kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri di lorong kanan Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.

“Semasa proses penundaan sedang dilakukan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira warna Perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri di sebelah trak tunda,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa, dalam lingkungan usia 30-an, dilaporkan tercampak ke hadapan kereta Proton Wira tersebut sebelum melambung dan jatuh di tengah jalan.

Beliau mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kiri, luka di muka dan dagu, serta luka pada tangan kanan.

BACA: Polis Cedera Parah Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

Sumber: Sinar Harian