Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Muhammad Adi hilang
Sumber: Sinar Harian
Tiada Kategori

Dilaporkan Hilang Sejak 6 Hari Lalu, Polis Kesan Muhammad Adi

Hannah

Dilaporkan Hilang Sejak 6 Hari Lalu, Polis Kesan Muhammad Adi

Pihak polis kini sedang giat mengesan seorang remaja lelaki, Muhammad Adi Putra Yusri, 17, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak enam hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani, menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit kira-kira pukul 8.13 malam, pada Isnin.

“Berdasarkan siasatan remaja ini pernah keluar rumah namun pulang semula dan tiada berlaku pergaduhan dengan keluarganya sebelum ini.

“Lokasi terakhir dia dilihat adalah sekitar Ampang Tinggi dekat Tanjong Ipoh pada 11 Julai lalu. Dia memakai baju kemeja-T lengan pendek warna hijau, seluar pendek warna hitam dan berselipar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, remaja itu juga berkulit hitam manis, berketinggian 180 sentimeter (cm), berbadan kurus dan berambut pendek keperangan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja perempuan hilang berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842222,” katanya.

Dalam pada itu, media sebelum ini turut meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan, Fiffy Arnatasya Abdullah,16, yang dilaporkan hilang sudah 19 hari.

Gambar: Sinar Harian

Remaja itu dipercayai berkulit kuning langsat, tinggi kira-kira 150 cm, berat sekitar 45 kilogram, berbadan kurus dan berambut warna separuh perang, lurus dan panjang separas bahu.

Difahamkan, lokasi kali terakhir dia dilihat adalah di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun lalu, sebelum keluarganya membuat laporan polis pada keesokkan harinya.

BACA: Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 27 Jun

Sumber: Sinar Harian