Siakap Keli
Gareth Southgate England
Gambar: AFP

Gareth Southgate Dan England ‘Bercerai’

Gareth Southgate Dan England ‘Bercerai’

Jurulatih England, Gareth Southgate mengumumkan meninggalkan pasukan The Three Lions selepas lapan tahun bersama, lap0r The Guardian.

Difahamkan, Southgate mengambil keputusan itu untuk mencari cabaran baharu meskipun Persatuan Bola Sepak England (FA) berharapnya melanjutkan kontrak selepas berjaya membawa pasukan itu melangkah ke pentas final Euro 2024.

“Sebagai orang Inggeris, ia adalah satu penghormatan dalam hidup saya untuk bermain untuk England dan menguruskan England.

“Segala-galanya amat bermakna untuk saya dan saya telah memberikannya semua. Tetapi sudah tiba masanya untuk perubahan, dan fasa baru,” katanya.

Beliau juga mengesahkan perlawanan menentang Sepanyol di Berlin pada Ahad adalah perlawanannya terakhir sebagai pengurus England.

Gambar: AFP

Pengurus berusia 53 tahun itu merupakan jurulatih paling berjaya dari segi prestasi dan konsisten ketika mengendalikan England.

Antara pencapaiannya bersama England adalah membawa England ke pentas final Kejohanan Eropah (Euro) sebanyak dua kali pada tahun 2021 dan 2024, separuh akhir Piala Dunia 2018 dan suku akhir Piala Dunia 2022.

BACA: EURO 2024: Yamal Pemain Termuda Beraksi Dalam Final, Pecah Rekod Pelé

Graham Potter, Newcastle Eddie Howe dan Thomas Tuchel, Mauricio Pochettino, Lee Carsley, Frank Lampard dan Steven Gerrard antara nama yang disebut-sebut menggantikan tempat yang ditinggalkan olehnya.

Apatah lagi skuad The Three Lions bakal menghadapi Republik Ireland dan Finland pada September ini.

Gambar: AFP

“Skuad yang kami bawa ke Jerman penuh dengan bakat muda yang menarik dan mereka boleh memenangi trofi yang kami impikan.

“Saya sangat berbangga dengan mereka dan saya harap kami berada di belakang pemain dan pasukan di England dan FA yang berusaha setiap hari untuk meningkatkan bola sepak Inggeris, dan memahami kuasa bola sepak harus ke arah positif,” katanya lagi.

Sepanjang kejohanan Euro, Southgate berdepan dengan pelbagai tekanan selepas prestasi permainan yang membosankan ditampilkan oleh England meskipun mara ke perlawanan akhir.

Untuk makluman, Southgate mengambil alih England pada September 2016 selepas Sam Allardyce meninggalkan pasukan itu. Beliau juga telah berkhidmat bersama FA sejak 2013.

BACA JUGA: EURO 2024: Final Jadi Perlawanan Terakhir Bersama Sepanyol, Jesus Navas Sahkan Bakal Bersara

Sumber: The Guardian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.