Nur Farah Kartini Pelajar Cemerlang, Tamat Semester 8 Dengan “Pointer” 4.0
Semalam, kita dikejutkan dengan berita berhubung penemuan jasad seorang wanita yang sudah meninggal dunia, dipercayai Nur Farah Kartini Abdullah yang hilang sejak 10 Julai lepas.
Difahamkan, Allahyarham Nur Kartini adalah graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan baru sahaja menamatkan pengajiannya.
Allahyarham yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Dengan Kepujian dari universiti tersebut turut memuat naik keputusan peperiksaannya sebelum ini.
Nur Farah Kartini pelajar cemerlang, dapat pointer 4.0 di semeter lapan
Menerusi hantaran di laman Facebook pada 30 Ogos tahun lepas, Allahyarham ternyata amat gembira apabila berjaya mencatatkan keputusan Dekan di semester kelapan pengajian.
“Alhamdulillah. Perjuangan 4 tahun dah tamat. Banyak cabaran sepanjang tempoh pengajian ini tapi Alhamdulillah masih dikuatkan jiwa dan raga untuk bertahan.
“Terima kasih juga untuk sahabat yang selalu ada disaat susah dan senang. Bersusah payah hendak siapkan tugasan, projek tahun akhir, laporan, lepas itu tidur berjemaah dekat student lounge semata-mata nak siapkan kerja,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Allahyarhan ketika itu juga berkongsi rasa teruja dan tidak sabar untuk menghadiri majlis graduasi selepas bertungkus-lumus demi menggenggam segulung ijazah.
“Kepada bonda tersayang anak bonda dah besar,” katanya lagi.
https://www.facebook.com/nurfarah.kartini.7/posts/pfbid0CmxN5VFmojjtnhCBRHm4fQUAUaYKMUF6m6wAzAc95VaEPGHmttGd5dyQ6RRVHxCzl
Dalam hantaran pada 28 November pula, Allahyarham turut berkongsi dua keping gambar menggayakan pakaian graduasi universiti tersebut.
Sesungguhnya, pemergian Allahyarham yang merupakan seorang pelajar cemerlang merupakan satu kehilangan buat negara ini.
Kehilangan Allahyarham dilaporkan polis pada 11 Julai lepas
Terdahulu, kehilangan Allahyarham mula mendapat perhatian selepas Polis Daerah Mualim membuat hebahan tentang kehilangannya.
SK yang memetik hebahan itu melaporkan bahawa Allahyarham dilapor hilang sejak 10 Julai lalu dengan lokasi terakhir Allahyarham adalah di Taman Universiti di Tanjung Malim.
Bagaimanapun semalam, polis memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Felda Gedangsa di Kuala Kubu Bharu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mayat dipercayai Nur Farah Kartini ditemui sekitar jam 6 petang.
Beliau turut memaklum kes berkenaan kini dalam siasatan polis dan tangkapan sudah pun dibuat.
BACA: Dipercayai Dibunuh, Mayat Nur Farah Kartini Ditemui Di Kuala Kubu Baharu
Sumber: Nur Farah Kartini via Facebook