Pembaca Berita RTM Sebak, Sampaikan Berita Kematian Rakan Sendiri, Nur Farah Kartini
Semalam, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita berhampiran Felda Gedangsa, dipercayai Nur Farah Kartini Abdullah yang hilang sejak 10 Julai lalu.
Berita penemuan yang ternyata mengejutkan banyak pihak, lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga dan kenalan Allahyarham.
Situasi serupa turut dilalui seorang pembaca berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Farihi yang mengenali Nur Farah Kartini ketika menuntut di universiti yang sama.
Penyampai berita sebak sampaikan berita kematian rakan baik sendiri
Menerusi perkongsian di TikToknya, (@thenoshlerr) ternyata tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan berita tentang penemuan mayat Allahyarham.
@thenoshlerr memaklumkan bahawa Nur Fatin Kartini adalah rakan baiknya dan mengakui sukar untuk menyampaikan berita sedih tersebut di hadapan kamera.
Bagaimanapun, @thenoshlerr berkata ia satu pengalaman yang sangat mencabar kerana dia perlu profesional dan menahan emosi, ekspresi serta rasa sebak ketika menyampaikan berita tersebut.
“Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana tahap professional aku betul-betul tercabar. Waktu ini emosi perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak di dada perlu ditahan,” katanya.
Dalam pada itu, @thenoshlerr turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang mempunyai keperibadian diri yang baik dan rajin.
“Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan
“Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” kata @thenoshlerr lagi.
Video berkenaan memberi kesan kepada orang ramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut tumpang bersedih melihat kekuatan @thenoshlerr ketika menyampai berita mengenai rakan baik sendiri.
“Kita tak boleh jadi pembaca berita, semua berita macam ni tak boleh baca. Memang akan nangis, kuat abang tahan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” komen seorang wargamaya.
“Salam takziah,” komen lagi seorang wargamaya.
BACA: Nur Farah Kartini Pelajar Cemerlang, Tamat Semester 8 Dengan “Pointer” 4.0
@thenoshlerr إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi
Terdahulu, kehilangan Allahyarham mula mendapat perhatian selepas Polis Daerah Mualim membuat hebahan tentang kehilangannya.
SK yang memetik hebahan itu melaporkan bahawa Allahyarham dilapor hilang sejak 10 Julai lalu dengan lokasi terakhir Allahyarham adalah di Taman Universiti di Tanjung Malim.
Bagaimanapun semalam, polis memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Felda Gedangsa di Kuala Kubu Bharu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mayat dipercayai Nur Farah Kartini ditemui sekitar jam 6 petang.
Sumber: @thenoshlerr via TikTok