Rupa-rupanya Ni Cara Mudah, Elak Habuk Bersepah Ketika Tebuk Dinding
Aktiviti menghias rumah antara impian setiap insan yang baru memiliki rumah sendiri.
Pelbagai gaya hiasan dalaman dapat dijadikan contoh antaranya kontemporari, bohemian, tradisional, ‘rustic’ mahupun minimalis.
Dinding yang kosong pastinya ingin dihias dengan pelbagai perhiasan seperti potret keluarga mahupun hiasan rak gantung.
Namun untuk menggantung perhiasan ini perlu melalui proses menebuk dinding dengan menggunakan hand drill.
Proses ini sememangnya agak ‘renyah’ kerana semasa proses tersebut akan terhasilnya habuk dinding yang menjadikan proses mengemas sedikit rumit.
Bagi mengatasi masalah ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Hong Guan telah kongsikan satu cara terbaik elak habuk dinding bersepah. Ikuti perkongsiannya berikut.
BACA: Baru Beli Tapi Sudah Bertunas? Ini Petua Simpan Kentang Tahan Lama
Petua tebuk dinding gaya pro tanpa habuk bersepah
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yang nak tebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.

Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa-apa saja yang boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill.
Habuk atau pasir semua terkumpul dalam sampul buang saja dekat tong sampah.

Lagi satu petua, saya lekatkan magnet kecil di tepi cordless drill untuk pegang skru berlebihan. Boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga.

Selamat bertukang.
https://www.facebook.com/groups/tukangapahariini/permalink/379128143227798/
Sumber: Facebook Hong Guan via Kumpulan Tukang Apa Hari Ini
BACA: Kongsi 17 Petua Memasak, Wanita Dedah Cara Berguna Untuk Hasilkan Makanan Sedap
BACA: Leka Kupas Kubis, Cara Unik Bapa Elak Anak Meragam Curi Tumpuan Ramai