Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kupas kubis elak meragam
Kredit: South China Morning Post

Leka Kupas Kubis, Cara Unik Bapa Elak Anak Meragam Curi Tumpuan Ramai

Azizah Najib

Leka Kupas Kubis, Cara Unik Bapa Elak Anak Meragam Curi Tumpuan Ramai

Menjadi ibu bapa yang perlu bergerak menggunakan pengangkutan awam bersama anak kecil pastinya mencabar. Kebiasaan zaman moden ini, kita dapat lihat penggunaan gajet menjadi pilihan bagi memastikan anak kecil tidak meragam dan mengganggu penumpang lain.

Berbeza bagi seorang bapa dari China ini, gajet tidak lagi menjadi pilihan baginya. Sebaliknya, sebiji kubis dijadikan ‘gajet’ sebagai permainan anak perempuannya.

Kaedah mudah dan murah ini mendapat perhatian warga maya apabila video anaknya yang leka mengupas kubis tular, lapor South China Morning Post.

Menerusi laporan dari akhbar Dushi Shibao, dua beranak dari Kunming, Yunnan ini menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

BACA: Kenali Larry, Si Bulus Yang ‘Bertugas’ Di Pejabat Perdana Menteri UK

Dek kerana bimbang anaknya mungkin berbuat bising dan mengganggu penumpang lain, si ayah berikan kubis untuk dikupas.

Si kecil berbaju kuning kelihatan begitu leka mengupas kubis sebesar bola menerusi video yang telah dikongsi itu. Kanak-kanak itu mengupas kubis dengan rawak sambil meletakkan kupasan tadi di atas meja.

Sepanjang perjalanan dari siang ke malam itu, kanak-kanak perempuan itu kekal mengupas kubis. Ada ketika di kerusinya sendiri, dan ada ketika dia mengupas kubis di atas riba bapanya.

Kanak-kanak leka kupas kubis lebih satu jam

“Kanak-kanak itu sangat lincah dan bertenaga. Untuk elakkan dari dia mengganggu orang lain, dia (bapa) bawa kubis untuk anaknya kupas. Budak itu dah kupas lebih dari satu jam,” ulas perakam video tersebut.

Destinasi kereta api tersebut tidak dapat diketahui namun sebelum turun di stesen mereka, bapa dan anak itu mengutip semula semua kupasan kubis. Mereka dilihat memasukkan kupasan kubis itu ke dalam beg plastik dan mengemaskan tempat mereka sebelum beredar.

BACA: Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Kaedah yang kreatif ini mendapat pelbagai reaksi warga maya.

“Jika kanak-kanak itu boleh mengupas untuk sejam, maknanya dia ada daya tumpuan yang tinggi. Ramai kanak-kanak akan hilang minat dalam beberapa minit dan mula bermain dengan benda lain. Dia mungkin jadi bakal pelajar cemerlang nanti,” kata seorang warga maya.

“Cara yang unik untuk buat anak leka. Selepas turun dari kereta api, awak boleh masak kubis tu,” cadang warga maya yang lain pula.

Sumber: South China Morning Post

BACA: Macam Mana Shah Alam Terpilih Jadi Ibu Negeri Selangor? Ini Jawapannya