Siakap Keli
malaysia gemar kolam renang
Kredit: BERNAMA

Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Malaysia “Top 3”, Gemar Tempah Penginapan Dengan Kolam Renang Ketika Bercuti

Bercuti merupakan aktiviti yang paling mengembirakan buat sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tidak mengira lokasi sama ada di dalam atau di luar negara, sehari atau seminggu, setiap detik sangat berharga.

Bagi mereka yang berkeluarga, percutian yang dipenuhi pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak dan pasangan pastinya menjadi keutamaan.

Tidak dapat dinafikan, aktiviti yang melibatkan kolam renang, sungai mahupun di kawasan air terjun semestinya antara yang diletakkan dalam senarai terlebih dahulu.

Tahukah anda, menurut data yang dikeluarkan oleh platform pelancongan digital, Agoda, Malaysia merupakan negara ketiga paling banyak memilih penginapan dengan kemudahan kolam renang?

Data tersebut dikumpul berdasarkan carian penginapan di pasaran Asia yang dibuat dalam platform itu pada bulan Mei dan Jun 2024.

Pelancong India paling gemar cari kolam renang ketika bercuti

Menerusi laporan tersebut, pelancong dari India merupakan negara teratas dengan kecenderungan meluangkan masa berendam di dalam kolam ketika cuaca panas.

Bagi memudahkan carian, mereka lebih cenderung menggunakan penapis carian (filter) dengan meletakkan ciri ‘kolam renang’ sebagai pilihan.

BACA: Sherry Ibrahim Tawan Puncak Gunung Kinabalu Di Usia 41 Tahun

Di tangga kedua selepas India ialah Korea Selatan dan seterusnya diikuti oleh Malaysia.

Tidak ketinggalan, negara gajah putih, Thailand berada di kedudukan keempat dengan diikuti Filipina di kedudukan kelima paling gemarkan kolam renang ketika bercuti.

Gambar: Agoda

Kemudian, berada di kedudukan keenam dan ketujuh ialah pelancong dari Jepun dan Taiwan, yang tidak terlalu obses dengan kemudahan kolam renang.

Sementara itu, warga Indonesia dan Vietnam yang berada di kedudukan kelapan dan kesembilan dilihat kurang berminat dengan kemudahan kolam renang ketika bercuti.

Berdasarkan data yang dikeluarkan, warga Singapura merupakan pelancong yang kurang melihat kolam renang sebagai satu keperluan ketika bercuti, menjadikan negara itu berada di kedudukan ke-10.

BACA: Destinasi Pencinta Alam, Ini Antara Lokasi Menarik Di Sekitar Labuan Bajo

“Ini jelas menunjukkan bahawa bagi sesetengah pelancong, percutian bukanlah percutian sehingga mereka terjun ke dalam kolam.

“Sama ada berenang solo atau bermain air bersama-sama keluarga, Senarai Populariti Kolam Agoda menunjukkan kolam renang adalah satu tarikan yang universal untuk pelancong dari seluruh Asia.

“Penapis carian yang mudah digunakan di platform Agoda membantu pelancong mencari kemudahan yang bertepatan dengan keperluan mereka semasa percutian,” ujar Naib Presiden Kanan Bahagian Bekalan Agoda, Andrew Smith.

Selain daripada tapisan kolam renang, beberapa tapisan lain juga sering digunakan para pelancong. Antara yang popular adalah sarapan percuma, penarafan bintang, ulasan pengguna dan pembatalan percuma.

Jadi, adakah anda salah seorang yang gemar membuat tempahan penginapan dengan kolam renang?

Sumber: Agoda

BACA: “Pantai Bersih, Pasir Halus,” Lelaki Kongsi Keindahan “Hidden Gems” Di Pulau Pangkor

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.