Siakap Keli
sherry ibrahim gunung kinabalu
Kredit: Instagram Sherry Ibrahim

Sherry Ibrahim Tawan Puncak Gunung Kinabalu Di Usia 41 Tahun

Sherry Ibrahim Tawan Puncak Gunung Kinabalu Di Usia 41 Tahun

Umur bukan penghalang, pelakon tanah air, Sherry Ibrahim mengukir kenangan manis selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 7 Julai lalu.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Sherry yang juga nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memuat naik beberapa keping gambar kenangan perjalanan sepanjang pendakian.

“7 Julai 2024, syukur alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya.

“Sampai (puncak) sebelum matahari terbit dan berpeluang melihat pelangi yang indah selepas hujan,” nukilnya  meraikan kejayaan mendaki puncak gunung tersebut.

Bagi memastikan kenangan tersebut tersemat di jiwanya, Sherry sempat merakam keindahan pelangi tersebut dan dipaparkan dalam salah satu gambar yang dimuat naik.

sherry ibrahim tawan gunung 2
Pelangi selepas hujan di Gunung Kinabalu. Kredit: Instagram Sherry Ibrahim

Tawan gunung bukan sekadar pendakian fizikal, Sherry Ibrahim

Menurut Sherry, pendakian gunung tersebut bukan hanya sekadar menguji ketahanan fizikal namun ia juga menguji mentalnya.

“Perjalanan ke puncak lebih dari sekadar pendakian fizikal, ia juga adalah ujian ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong saya mengatasi had fizikal dan mental,” luah Sherry berkenaan pengalamannya mendaki gunung tertinggi antara Himalaya dan New Guinea itu.

BACA: Busana Rizman Ruzaini Jadi Pilihan Lady Gaga, Diperaga Ketika Buat Persembahan

Selain menguji ketahanan mentalnya, Sherry juga berkongsi perjalanan selama dua hari satu malam itu memberikan peluang untuknya mengenali kenalan baharu.

“(Saya) bertemu rakan baharu dan mereka semua kuat dan juga menakjubkan.

“Ini pertama dan terakhir ya Mr. Akinabalu. Saya tak dapat rasa kaki sepanjang perjalanan turun dari gunung. Jalan macam ketam,” seloroh Sherry.

Dalam salah satu gambar yang dimuat naik, Sherry bergambar bersama satu not wang RM100 yang menjadikan puncak Gunung Kinabalu sebagai hiasan.

sherry ibrahim tawan gunung 3
Bergambar bersama not RM100 yang mempunyai lakaran Gunung Kinabalu. Kredit: Instagram Sherry Ibrahim

Kejayaan Sherry turut dibanjiri ucapan tahniah dan pujian daripada warga maya di mana sesetengah mereka ada juga yang memberi petua bagi menghilangkan sakit di kaki yang dirasai pelakon berusia 41 tahun itu.

“Alhamdulillah, cantik cuaca. Rezeki Sherry dan team. Cantik sangat Kinabalu,” puji warga maya.

“Biasanya yang cakap pertama dan terakhir tu bulan depannya akan mula rancang naik lagi. Berdasarkan pengalaman sendiri,” usik salah seorang warga maya.

“Rendam kaki half leg dalam baldi tinggi, setengah jam. InsyaAllah lebih baik. Apapun tahniah berjaya ke puncak,” ucap seorang lagi warga maya.

Sumber: Instagram Sherry Ibrahim

BACA: Sharifah Amani Timang Anak Lelaki, Beri Nama Ahmad Mohsein

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: