Siakap Keli
sharifah amani timang anak
Sumber: Instagram Sharifah Amani

Sharifah Amani Timang Anak Lelaki, Beri Nama Ahmad Mohsein

Sharifah Amani Timang Anak Lelaki, Beri Nama Ahmad Mohsein

Pelakon, Sharifah Amani telah selamat melahirkan anak lelakinya yang diberi nama Ahmad Mohsein, pada 26 Jun lepas.

Khabar gembira tersebut disampaikan oleh suaminya, Ahmed Faris di laman Instagram miliknya.

” Assalamualaikum kenalkan si kecil kami, Ahmed Mohsein bin Ahmed Faris, lahir pada 26 Jun 2024,” kongsinya.

Faris turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.

“Alhamdulillah, ibu dan bayi sihat, terima kasih atas semua doa kalian,” katanya.

BACA: Sama Tinggi Dengan Bapa, Ramai Terkejut Tengok Perubahan Daehan, Minguk & Manse

Terdahulu, setelah dua tahun berumah tangga, pelakon filem ‘Sepet’, Amani, kongsikan kegembiraannya dengan kandungan berusia 38 minggu pada 10 Jun lalu.

“Syukur alhamdulillah untuk segalanya. Permulaan satu lagi babak,” kongsinya di Instagram peribadinya.

Imbas kembali, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 September 2022 dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat di sebuah majlis tertutup.

Menurut SinarPlus, pasangan tersebut dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara yang juga Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee dengan berwalikan bapa kepada Amani, Syed Zainal Rasyid Syed Zainal Abidin.

Majlis yang bertemakan rona putih itu dihadiri beberapa rakan artis antaranya Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.

Amani berkongsi, mereka bertemu jodoh ketika pelakon ini memikul tugasnya sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah organisasi yang diketuai oleh Faris.

“Dipendekkan cerita, selepas Covid-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh.

“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya.

“Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang sempoi dan terbaik,” kongsinya lagi.

https://www.instagram.com/p/C8wP0kXS9fv/?hl=en

Sumber: Instagram Sharifah Amani, Instagram Ahmed Faris, SinarPlus

BACA: Redza Rosli Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hanna Dengan Sekali Lafaz

BACA: Busana Rizman Ruzaini Jadi Pilihan Lady Gaga, Diperaga Ketika Buat Persembahan

Azizah Najib

Menulis tanpa henti