Siakap Keli
majlis nikah redza rosli dan bella hanna
Sumber: Gempak

Redza Rosli Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hanna Dengan Sekali Lafaz

Redza Rosli Sah Bergelar Suami Kepada Bella Hanna Dengan Sekali Lafaz

Pelakon Redza Rosli selamat dinikahkan dengan pasangannya yang juga pelakon dan pengacara program Hlive, Bella Hanna. Dengan sekali lafaz, ikatan tersebut sah pada jam 4.05 petang di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Menurut Astro Gempak, kedua pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Rosman Abdullah dengan disaksikan oleh jurunikah Penolong Pendaftaran Perkahwinan Ustaz Mohamad Mustaqim Sarmuji.

Dalam majlis tersebut, Redza menyerahkan mas kahwin bernilai RM3,000 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang, dengan nilai wang hantaran dirahsiakan.

BACA: Top 10 Di Netflix Malaysia, Nightmares And Daydreams Berjaya Pukau Penonton

Tema putih pilihan pasangan, sesuci majlis pernikahan

Majlis pernikahan bertema warna putih itu dihadiri lebih kurang 300 tetamu dari ahli keluarga, kenalan terdekat serta beberapa orang selebriti.

Antara selebriti yang hadir bagi meraikan kedua pasangan pengantin ialah Erysha Emyra, Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Adam Lee dan Datin Elvina Mohamad.

Pelakon filem Seratus, Adam Lee dilihat menjadi ‘dulang boy’ bagi pihak pengantin lelaki manakala pelakon dan model terkenal, Elvina Mohamad pula sebagai ‘dulang girl’ pihak pengantin perempuan.

Bagi yang belum tahu, Redza Rosli dan isterinya pernah bergandingan dengan  drama bersiri Luruhnya Bunga Cinta.

Bella Hanna, pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur juga pernah menjadi pegawai perhubungan awam (PRO) di sebuah syarikat swasta. Selain itu, dia juga bekerja sebagai model dan pernah memenangi anugerah EH! Influencer Search 2020 dalam kategori kecantikan.

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai, semoga masjid yang dibina ini kekal bahagia dari dunia hingga ke syurga.

Sumber: Gempak

BACA: Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?

BACA JUGA: “Nak Yang Cantik Mesti Mahal Kan?” Suami Pening Isteri Minta Penulen Air Estetik

BACA: Terima Jemputan Dua Kali, Elfira Loy Luah Rasa Syukur Tunai Haji Bersama Ibu

Azizah Najib

Menulis tanpa henti