Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
daehan minguk & manse
Sumber: Instagram Song Il Kook/You Quiz On The Block

Sama Tinggi Dengan Bapa, Ramai Terkejut Tengok Perubahan Daehan, Minguk & Manse

Azizah Najib

Sama Tinggi Dengan Bapa, Ramai Terkejut Tengok Perubahan Daehan, Minguk & Manse

Kembar tiga, Daehan, Minguk dan Manse, yang pernah memikat hati ramai dengan telatah mereka suatu ketika dahulu melalui rancangan “The Return Of Superman” kini kembali di kaca televisyen.

Menurut laman Koreaboo, ini bukan kali pertama anak-anak kepada pelakon terkenal Korea Selatan, Song Il Kook itu kembali di kaca televisyen setelah menamatkan kontrak mereka bersama rancangan tersebut.

Bermula pada 6 Julai 2014, ramai peminat mengikuti perkembangan dan tumbesaran mereka menerusi rancangan berkenaan bapa yang meluangkan masa bersama anak-anak.

Walaupun setelah mereka berhenti dari menyertai rancangan tersebut pada 7 Februari 2016, para peminat sentiasa ternanti-nanti perkembangan terbaru kembar tiga tersebut.

Baru-baru ini, mereka muncul sebagai tetamu jemputan bersama Song Il Kook dalam sebuah rancangan tvN, “You Quiz On The Block” dengan Yoo Jae Suk dan Jo Se Ho sebagai pengacara.

Kemunculan ketiga-tiga kembar tersebut mendapat perhatian warganet kerana ketinggian mereka yang kelihatan seperti lelaki dewasa.

Apa yang lagi mengejutkan, ketiga-tiga kembar Korea Selatan yang lahir pada 16 Mac ini baru sahaja menginjak masuk usia 12 tahun. Warganet memberi pelbagai reaksi di laman Instagram rasmi rancangan tersebut.

BACA: Siap Nak Panggil Polis, Wanita Terkejut Jumpa ‘Rambut’ Dalam Ekzos Kereta

“Walaupun dah lama saya tidak melihat mereka, saya masih dapat kenali siapa dan yang mana. Mereka memang dah besar,” komen seorang warganet.

“Tahun enam? Mereka hampir sama tinggi dengan Yoo Jae Suk. Panjangnya kaki mereka,” ujar seorang lagi.

“Senyuman mereka masih sama. Mereka dah besar,” kata seorang lagi warganet.

“Wajah mereka memang sama. Tapi betulkah mereka masih di sekolah rendah? Mereka sangat tinggi,” komen warganet yang terkejut dengan ketinggian mereka.

Sebelum ini, kembar tiga ini juga pernah tular apabila seorang peminat dari Indonesia memuat naik sebuah video mereka sedang berbual. Ramai warganet terkejut melihat perubahan mereka.

Sumber: Koreaboo, Instagram Song Il Kook, TikTok Lavenderiz, Soompi

BACA: Kenapa Bulan Purnama Dipanggil “Strawberry Moon”? Ini Sebabnya

BACA: Harga Mencapai Hingga RM700, “Tote Bag” Percuma Dari Apple Store Dijual Semula