Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
harga beg jinjit apple
Gambar: Carousell
Tiada Kategori

Harga Mencapai Hingga RM700, “Tote Bag” Percuma Dari Apple Store Dijual Semula

Azizah Najib

Harga Mencapai Hingga RM700, “Tote Bag” Percuma Dari Apple Store Dijual Semula

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, Malaysia hari ini menyaksikan pembukaan Gedung Apple (Apple Store) di pusat membeli-belah The Exchange TRX.

Apple Store ini merupakan gedung pertama dibuka di Malaysia, menjadikan jumlah Apple Store di rantau Asia Tenggara sebanyak enam buah semuanya selepas Singapura dan Thailand, lapor Bernama.

Orang ramai menggunakan peluang hujung minggu untuk turut serta di sambutan hari pembukaan Apple Store tersebut. Gedung jualan ini mempunyai tiga tingkat dengan lebih 160 orang pekerja untuk melayani para pengunjung.

BACA: Apple Store Akan Dibuka Secara Rasmi Di TRX Pada 22 Jun

Bagi pengunjung terawal, pihak Apple Store telah menyediakan cenderahati berupa beg jinjing (tote bag) dengan rekaan edisi terhad tema sambutan pembukaan “Jom Discover”.

Bagaimanapun, belum sempat berakhirnya hari pertama pembukaan gedung ini, beg jinjing ini sudahpun mula dijual di Carousell oleh sesetengah pihak. Menerusi tinjauan SK, harga beg jinjing ini dijual bermula dari RM250 hingga RM700.

Gambar Via Carousell

Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan nama Apple merupakan jenama yang sangat popular selain mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tidak hairanlah barangan limited edition ini berpotensi menjadi buruan para pengumpul dan dapat dijual semula.

Penjualan semula itu juga mendapat perhatian netizen yang memberi pelbagai reaksi. Ada yang tidak menyangka bahawa ia boleh dijual dengan harga setinggi itu.

Gambar Via Carousell

Sementara itu, selain membeli produk, gedung tersebut turut menawarkan khidmat teknikal dan hardware kepada para pelanggan.

Bangunan yang menggunakan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui dan neutral karbon itu meriah ketika sambutan pembukaannya. Sambutan ini menyaksikan pelbagai sesi persembahan dan bengkel bersama ikon-ikon pencipta kandungan jemputan bermula hari ini sehingga 6 Julai.

Antara sesi yang dijadualkan ialah persembahan dari kumpulan muzik De Fam dan beberapa sesi bengkel yang dikendalikan oleh Jason smashpop, Adam Lobo, Iman Azman dan Nana Mohd.

Sumber: Bernama, Apple (1), (2)

BACA: Busana Rizman Ruzaini Jadi Pilihan Lady Gaga, Diperaga Ketika Buat Persembahan

BACA: Linkin Park Tribute Band Bakal Adakan Konsert Di Malaysia September Ini