C by camel active Perluas Jenama Dengan Pembukaan Concept Store Baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka
Melaka, Malaysia – C by camel active, sub-jenama kontemporari dan bergaya di bawah jenama gaya hidup aktiviti luar antarabangsa camel active, dengan bangganya mengumumkan pembukaan butik terbarunya di AEON Mall Bandaraya Melaka. Pembukaan butik ini memberikan gabungan terkini antara gaya hidup kasual, fungsi yang praktikal dan rekaan moden kepada para pengemar fesyen di Melaka.
Direka khas untuk golongan lelaki dan wanita yang bergaya, C by camel active menampilkan interpretasi baharu terhadap DNA jenama camel active dengan sentuhan fesyen yang lebih menyerlah. Menggabungkan gaya kontemporari dengan fungsi praktikal, jenama ini memenuhi keperluan individu yang mengamalkan gaya hidup aktif serta gemar meneroka pelbagai pengalaman dan pengembaraan dalam kehidupan seharian dengan penuh keyakinan.

Terletak di lokasi strategik di Lot F11, Aras 1, AEON Mall Bandaraya Melaka, concept store baharu C by camel active menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menerokai koleksi terkini jenama ini dalam suasana ruang niaga yang mesra dan diinspirasikan oleh elemen alam semula jadi. Terdapat pelbagai pilihan kasut, beg dan aksesori untuk semua lapisan pelanggan yang disusun khas, dengan rekaan yang versatil yang bersesuaian dengan gaya hidup kota moden serta aktiviti harian.
Selaras dengan falsafah jenama yang menggabungkan kepelbagaian gaya, C by camel active menitikberatkan mutu kemasan, ciri-ciri praktikal dan fungsi serta rekaan yang serba guna. Setiap koleksi direka dan dibangunkan dengan penuh teliti bagi memenuhi keperluan pengguna moden yang sentiasa berubah, menerusi gabungan estetika kontemporari, keselesaan dan fungsi untuk kegunaan harian.
Pembukaan cawangan baharu di AEON Mall Bandaraya Melaka ini turut mencerminkan komitmen jenama untuk terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia serta menjadikan koleksi C by camel active lebih mudah diakses oleh pelanggan di seluruh negara.

STORE LOCATION
C by camel active – AEON Mall Bandaraya Melaka
Lot F11, Level 1
2, Jalan Lagenda, Taman 1 Lagenda
75400 Melaka, Malaysia
Untuk maklumat lanjut tentang C by camel active dan camel active, sila layari laman web camelactive.my or ikut kami di sosial media:
Facebook: camel active Malaysia
Instagram: @cbycamelactive
