Siakap Keli
apple store dibuka 22 jun dibuka di trx
Kredit Gambar: AFP

Apple Store Akan Dibuka Secara Rasmi Di TRX Pada 22 Jun

Apple Store Akan Dibuka Secara Rasmi Di TRX Pada 22 Jun

Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, peminat jenama Apple di Malaysia kini boleh menarik nafas lega apabila Apple Store pertama secara rasmi akan dibuka pada 22 Jun depan.

Apple Malaysia menerusi kenyataan ringkas di laman web mengumumkan mengenai pembukaan tersebut dan seperti yang diketahui, ia akan dibuka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

“Apple The Exchange TRX akan dibuka pada 22 Jun, pukul 10 pagi.

“Kami sedang bersiap sedia untuk membuka Apple Store pertama di Malaysia, kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua,” katanya.

BACA: Malaysia Terajui Penggunaan Dompet Mudah Alih – Tinjauan

Sebelum ini, Apple telah memberi bayangan untuk membuka stor pertama di negara ini selepas menawarkan peluang pekerjaan untuk diisi oleh rakyat Malaysia.

Difahamkan, antara peluang pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman web rasminya termasuklah pengurus stor, pakar teknikal, pakar operasi dan staf-stat sokongan seperti jurujual.

Langkah yang diambil oleh Apple ini dijangka akan meningkatkan lagi kehadirannya di Asia Tenggara, dimana syarikat tersebut sudah pun mempunyai stor rasmi di Singapura dan Thailand.

BACA JUGA: Cari Pekerja Di Malaysia, Apple Beri Bayangan Bakal Buka Stor Pertama Di Negara Ini?

Sumber: Apple Malaysia

Sofea

There's always another side to every story